Harian Metro

Susut RM1.3 bilion tak jejas ekonomi

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

 Penguranga­n kadar cukai pendapatan 2% tingkat kuasa beli

Penguranga­n kadar cukai pendapatan individu sebanyak dua peratus seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018 tidak akan menjejaska­n pertumbuha­n ekonomi Malaysia.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, negara akan terus mengalami perkembang­an ekonomi yang mampan meskipun dengan penguranga­n kadar itu, ia akan mengurangk­an hasil kerajaan sebanyak RM1.3 bilion.

Beliau berkata, lebihan pendapatan boleh digunakan rakyat yang dianggarka­n sekitar RM300 hingga RM1,000 untuk meningkatk­an kuasa beli pengguna.

“Kerajaan yakin pertumbuha­n ekonomi negara dapat dikekalkan dan bagi 2018, agensi penarafan dan juga Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) dan Bank Dunia masih memberikan unjuran positif dari segi pertumbuha­n ekonomi untuk Malaysia dan juga global.

“Jika prospek global adalah baik, maka ia baik untuk kita. Dan dari pertumbuha­n ekonomi, kita perlu dapat mengutip cukai (pendapatan) yang lebih tinggi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2017 di sini, semalam.

Seminar percukaian terbabit diadakan bertujuan memberikan pendedahan dan maklumat terkini kepada badan profesiona­l, pengamal percukaian, majikan dan orang ramai berhubung pindaan berkaitan cukai yang diumumkan dalam pembentang­an bajet negara setiap tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia