Harian Metro

Keputusan MAVCOM adil jangka panjang

-

Kuala Lumpur: Langkah untuk menyamakan caj perkhidmat­an penumpang (PSC) Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan terminal klia2 akan memastikan kedudukan yang adil dalam jangka panjang dan mengelak gangguan perniagaan antara syarikat penerbanga­n yang beroperasi di kedua-dua terminal.

Langkah itu, yang diumumkan Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) dan berkuat kuasa pada 1 Januari 2018 akan memastikan penumpang di KLIA dan lapangan terbang lain di Malaysia tidak memberi subsidi kepada klia2.

Sudah sepatutnya caj itu sama memandangk­an PSC kini masih lagi tinggi di KLIA walaupun kemudahan dan perkhidmat­an di klia2 setanding KLIA.

Oleh itu, keputusan yang dibuat MAVCOM pada Oktober tahun lalu, wajar diterima dan dihormati semua pihak.

Sebe lum ini, kerajaan menetapkan PSC untuk klia2, yang dibuka pada Mei 2014 pada tahap yang sama dengan Terminal Penerbanga­n Tambang Rendah (LCCT) sebelumnya di KLIA dengan kemudahann­ya di- anggap rendah.

Secara rasionalny­a langkah menyamakan itu disebabkan klia2 sudah sebanding dengan KLIA dan menjadi lapangan terbang yang lebih hebat berbanding lapangan terbang lain di Malaysia termasuk Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu dan Kuching.

Oleh itu, tidak masuk akal bagi klia2 dikenakan PSC yang lebih rendah berbanding lapangan terbang lain.

PSC untuk pelepasan antarabang­sa meningkat kepada RM50 bagi klia2 dan RM73 untuk semua lapangan terbang lain.

Mulai Januari tahun depan, PSC antarabang­sa di klia2 akan dinaikkan kepada RM73 bersamaan dengan kadar untuk pelepasan an- tarabangsa di semua lapangan terbang lain di Malaysia.

MAVCOM bagaimanap­un sedang berusaha untuk membolehka­n PSC di lapangan terbang sekunder lebih rendah daripada KLIA dan klia2 namun usaha itu memerlukan masa dan dijangka mengambil masa tiga tahun.

Hujahnya sekarang ialah selagi PSC klia2 lebih rendah, PSC yang dibayar oleh penumpang dari lapangan terbang lain di Malaysia akan digunakan untuk penyelengg­araan klia2.

Ini bermakna penumpang memberi subsidi kepada lapangan terbang yang mempunyai kemudahan lebih baik yang mereka sendiri tidak gunakan.

Ini terjadi disebabkan caj PSC yang lebih rendah di klia2 tidak mencukupi untuk menampung perbelanja­an mengurusny­a.

Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA) yang berpangkal­an di Geneva, berulang kali menyuaraka­n sokongan untuk menyamakan PSC dengan mengatakan sebarang perbezaan akan menjurus kepada subsidi bersilang dengan penumpang KLIA membayar untuk perkhidmat­an yang dinikmati oleh penumpang klia2.

Dari perspektif makro, persamaan caj PSC akan mengurangk­an subsidi kerajaan yang perlu dibayar oleh kerajaan kepada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB). - BERNAMA

 ??  ?? PENUMPANG di klia2 perlu bayar caj sama dengan KLIA.
PENUMPANG di klia2 perlu bayar caj sama dengan KLIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia