Harian Metro

Gian Musang King

 Lima tan metrik raja buah dihantar ke Nanning untuk promosi sempena FDM 2017

-

Permintaan tinggi durian Musang King dari Malaysia kini menjadi buruan rakyat negara ini sempena Festival Durian Malaysia 2017 (FDM 2017) yang diadakan di Yang City

South Square Nanning, Guangxi, di sini, selama tiga hari mulai hari ini.

Festival dianjurkan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mencetuska­n citarasa dan permintaan terhadap durian Malaysia, sekali gus membuka pasaran lebih luas.

Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n ( FAMA) Mansor Omar berkata, kerajaan Malaysia menunggu kelulusan dari Kerajaan China untuk mengeskpor­t durian segar itu secara berterusan.

Beliau berkata, buat masa ini hanya produk durian sejuk beku saja yang dibenarkan dieksport ke China, selain produk seperti kerepek, kopi dan ais krim berasaskan durian.

“Kami berharap kerajaan China meluluskan segera eksport durian segar secepat mungkin yang mampu menggalakk­an permintaan durian ke negara itu,” katanya sempena FDM 2017 di Naninng, di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata,

Musang King

mampu menjadi sumber kekayaan baru negara.

“Bayangkan di Malaysia,

Musang King dijual pada harga mencecah RM120 sekilogram. Jika di Hong Kong durian itu dijual RM700 se- kilogram berkemungk­inan di China boleh dijual RM900 sekilogram lebih dua kali ganda harga di Malaysia,” katanya.

“Bagaimanap­un kerajaan tidak menyasarka­n jualan yang tinggi, sebaliknya akses pemasaran untuk ke China berjaya,” katanya.

Katanya, kerajaan menyasarka­n nilai eksport pelbagai jenis durian RM100 juta menjelang akhir tahun ini di seluruh dunia.

Penyelaras FDM 2017 Datuk Robin Wong Hee Joo berkata, dianggarka­n lebih 300,000 pengunjung akan menghadiri festival tiga hari yang diadakan pada cuti hujung minggu.

Idea program ini pertama kali dicadangka­n Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada pertemuan dengan Naib Gabenor Wilayah Guangxi Zhuang November tahun lalu.

Sebanyak 250 jenama produk berasaskan durian membabitka­n 50 usahawan Malaysia termasuk buah-buahan lain seperti nangka, manggis, nanas dan sarang burung walit dipamerkan dalam festival itu.

Sebanyak lima tan metrik durian Musang King (D197) dihantar ke Nanning untuk tujuan promosi dan jualan.

 ??  ?? FESTIVAL durian yang diadakan di Yang City South Square, Nanning dijangka tarik 300,000 pengunjung.
FESTIVAL durian yang diadakan di Yang City South Square, Nanning dijangka tarik 300,000 pengunjung.
 ??  ?? MANSOR
MANSOR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia