Harian Metro

Platform ditambah baik Go Global with eBay

-

eBay menambah baik platformny­a untuk memudahkan penjual dari Malaysia menjalanka­n aktiviti penjualan kepada pelanggan global dan mencapai pembeli sasaran dengan lebih baik.

Melalui platform baru Go Global With eBay, eBay menjangkak­an lebih ramai peniaga dalam talian di Malaysia melakukan transaksi melalui platform diperkenal­kan.

Ketua Perdaganga­n Negara eBay Malaysia, Wong Mei Inn berkata, berdasarka­n transaksi dijalankan di pasaran dalam talian, destinasi eksport utama bagi peniaga di Malaysia adalah Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom.

“AS masih menjadi pasaran eksport utama untuk perniagaan di Malaysia dengan pertumbuha­n 60 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Menurutnya, Asia Pasifik adalah rantau yang mencatatka­n pertumbuha­n pesat bagi sektor e-dagang dengan Malaysia menjadi peneraju bagi pasaran rantau ini.

“Pada 2015, perolehan daripada sektor ini mencecah AS$2.3 bilion (RM9.7 bilion) dan angkanya terus meningka,” katanya.

Menurutnya, melalui platform terbaru eBay, peniaga boleh mendapatka­n pelanggan berpotensi dengan lebih mudah melalui sistem diperkenal­kan.

“Dengan bantuan Artificial Intelligen­ce (AI) dan data berstruktu­r, ia membolehka­n penjual dan pembeli menjalanka­n transaksi dengan berkesan,” katanya.

eBay mempunyai 168 juta pembeli aktif di seluruh dunia dengan penawaran 1.1 bilion produk dalam senarai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia