Harian Metro

Perkenal pelan mudah alih 4G bersama model NeXT X1

-

Petaling Jaya: Maxis Bhd (Maxis) penyedia perkhidmat­an komunikasi dan Internet memperkena­lkan model terbaru telefon pintar 4G iaitu NeXT X1 yang ditawarkan bersama pelan mudah alih sedia diguna tanpa bayaran pendahulua­n pada hanya RM98 sebulan.

Model terkini jenama NeXT Maxis itu menawarkan pengalaman pemilikan terbaik dengan jaminan 24 bulan penggantia­n segera dan perlindung­an skrin 12 bulan.

Ketua Pascabayar Maxis Arjun Varma berkata, telefon pintar kini menjadi keperluan penting bagi rakyat Malaysia namun harga telefon kini semakin mahal untuk dimiliki dan diselengga­rakan.

“Melalui pengenalan model ini, kami bukan saja menawarkan data dan pang- gilan malah memberi ketenangan fikiran kepada pelanggan dengan pengalaman pemilikan hebat pada nilai yang amat baik,” katanya pada pelancaran NeXT X1, di sini, semalam.

NeXT X1 adalah model te- lefon terbaru bagi jenama NeXT Maxis selepas model

NeXT M1 diperkenal­kan pada awal tahun ini.

Beliau berkata, NeXT X1 turut menawarkan faedah lain seperti pelan sedia ada diguna membabitka­n 6GB data 4G dan ciri peranti berkuasa dengan skrin paparan definisi tinggi penuh (HFD) 5.5 inci, kamera AF 16 megapiksel (MP) dan sensor cap jari.

“Apa paling penting adalah model telefon pintar ini mudah dan mampu dimiliki serta mereka boleh mendapatka­n NeXT X1 yang ditawarkan dengan pelan mudah alih sedia diguna pada harga hanya RM98 sebulan,” katanya.

 ??  ?? VARMA (kanan) bersama Ketua Peranti Pemasaran Maxis Chan Peng Li (kiri) dan pelakon Scha Alyahya pada pelancaran NeXT XI, semalam.
VARMA (kanan) bersama Ketua Peranti Pemasaran Maxis Chan Peng Li (kiri) dan pelakon Scha Alyahya pada pelancaran NeXT XI, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia