Harian Metro

Tanggung salah abang

 Adik perempuan dihukum dibogel, diarak seluruh kampung

- Daily Mail

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dibogel sebelum diarak di seluruh kampung sebagai hukuman oleh keluarga kakak iparnya selepas abangnya menjalin hubungan sulit dengan wa- nita lain.

Remaja terbabit diculik sekumpulan lelaki pada 27 Oktober sebelum dibogelkan dan dipaksa berlari di kampung Garahmat, Dera Ismail Khan.

Abang remaja itu didakwa menjalin hubungan sulit dengan wanita lain dan keluarga isterinya menga- du perkara itu kepada majlis kampung.

Majlis kampung kemudian memutuskan keluarga isteri yang dimalukan boleh membalas perbuatan itu melalui adik perempuan lelaki berkenaan.

Remaja berkenaan bersama tiga sepupunya berjalan ke tasik berhampira­n untuk mengambil air sebelum dia diculik.

Keluarga remaja terbabit pada mulanya turut mendakwa mangsa dibawa ke sebuah rumah, dipukul serta dibogelkan oleh sembilan individu.

Bagaimanap­un, mereka menarik semula kenyataan itu pada Isnin lalu.

Susulan laporan berkenaan, polis menahan lapan lelaki dan memburu seorang lagi suspek yang melarikan diri.

Isu kehormatan keluarga adalah isu sensitif di Pakistan yang majoriti pendudukny­a beragama Islam.

Menurut laporan, hampir 1,000 wanita dibunuh saudara sendiri pada setiap tahun akibat melanggar norma masyarakat konservati­f mengenai cinta dan perkahwi

nan. Tindakan Majlis kampung menyelesai­kan pertelingk­ahan keluarga berkenaan tanpa mengikut undang-undang mendorong kepada penindasan terhadap wanita.

 ??  ?? ANGGOTA polis berkawal di sebatang jalan di kampung Garahmat, Dera Ismail Khan di Pakistan. - AFP
ANGGOTA polis berkawal di sebatang jalan di kampung Garahmat, Dera Ismail Khan di Pakistan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia