Harian Metro

SEDIA BERUNDING

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

 ISN sedia selesai masalah luar mahkamah dengan tiga atlet namun perlu dengar nasihat peguam

Institut Sukan Negara (ISN) sedia berunding di luar mahkamah andai tiga bekas penembak negara - Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi - mahu berbuat demikian.

Pengerusi ISN, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, berkata, bagaimanap­un pihaknya perlu mendapat nasihat daripada peguam dilantik terlebih dulu selain menegaskan tidak akan tunduk terhadap tuntutan ketiga-tiga bekas penembak terbabit.

“Kita akan tunggu nasihat daripada peguam. Jika mereka hendak selesaikan di luar mahkamah, alhamdulil­lah, tapi kita akan lihat juga perkara apa yang hendak diselesaik­an di luar mahkamah.

“Takkan kita hendak terus setuju apa yang disarankan atau dicadangka­n mereka, kita tengok dulu bagaimana,” kata Abdul Azim selepas majlis perasmian Program Inisiatif Pendidikan Berterusan Kursus Tahap 1 buat atlet dan bekas atlet, hari ini.

Program anjuran ISN dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) itu dirasmikan Penaung YAKEB, Datin Seri Rosmah Mansor. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Pada 30 Oktober lalu, ketiga-tiga bekas penembak terbabit mengambil tindakan mengejut apabila memfailkan saman di Mahkamah

Kuala Lum- pur bagi membersihk­an nama mereka selepas mendakwa digugurkan daripada program Podium mengikut cara yang salah dan menyalahi perjanjian yang sepatutnya.

Abdul Azim bagaimanap­un enggan mengulas lanjut mengenai isu itu.

“Kita sudah lantik peguam, jadi kita dinasihatk­an tidak memberikan apa-apa komen. Biar peguam yang selesaikan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Azim berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi membincang­kan mengenai penambahan atau penyingkir­an atlet program Podium kerana perlu melakukan persiapan menjelang Sukan Komanwel dan Sukan Asia, tahun depan.

 ??  ?? DARI kiri, Muslifah, Nur Suryani dan Nur Ayuni memfailkan saman terhadap Institut Sukan Negara (ISN) berhubung isu penggugura­n dari Program Podium.
DARI kiri, Muslifah, Nur Suryani dan Nur Ayuni memfailkan saman terhadap Institut Sukan Negara (ISN) berhubung isu penggugura­n dari Program Podium.
 ??  ??
 ?? Abdul Azim Mohd Zabidi ?? Jika mereka hendak selesaikan di luar mahkamah, alhamdulil­lah, tapi kita akan lihat juga perkara apa yang hendak diselesaik­an di luar mahkamah”
Abdul Azim Mohd Zabidi Jika mereka hendak selesaikan di luar mahkamah, alhamdulil­lah, tapi kita akan lihat juga perkara apa yang hendak diselesaik­an di luar mahkamah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia