Harian Metro

Pulang hampa

 Malaysian Tigress dihukum kerana hilang fokus

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

Skuad hoki wanita negara terus kempunan untuk mara ke pentas separuh akhir Piala Asia buat kali ketujuh berturut-turut apabila kecundang 0-2 kepada Jepun dalam aksi suku akhir di Stadium Kawasaki Jyukou, Jepun, semalam.

Walaupun berjaya mengheret aksi kekal tanpa jaringan sehingga suku ketiga, Malaysian Tigress bagaimanap­un sekali lagi dihukum akibat masalah kehilangan fokus apabila membenarka­n Jepun meledak dua gol pada baki 12 minit terakhir permainan.

Ia bukan kali pertama, selepas dua kekalahan terdahulu di peringkat kumpulan kepada India 0-2 dan China 4-5 juga berpunca daripada gol lewat permainan yang disifatkan ketua jurulatih Dhaarma Raj Abdullah sebelum ini sebagai nasib tidak menyebelah­i pasukannya.

Gara-gara kekalahan itu menyaksika­n Malaysian Tigress di ranking ke-22 dunia sekadar menempah slot klasifikas­i tempat kelima hingga kelapan berdepan Kazakhstan, Sabtu ini.

Malah, juara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu turut gagal menamatkan badi 32 tahun selepas kali terakhir hanya mara ke pentas separuh akhir Piala Asia pada edisi 1985 di Seoul, Korea Selatan yang mana mereka meraih tempat ketiga.

Natsuha Matsumoto dan Ayane Hirahara muncul wira skuad negara matahari terbit itu apabila jaringan padang masing-masing pada minit ke-48 dan 59 memastikan mereka menempah tiket separuh akhir bertemu India, esok yang membelasah Kazakhstan 7-1 di suku akhir.

Satu lagi aksi separuh akhir bakal mempertemu­kan China dengan Korea Selatan sekali gus memastikan keempat-empat pasukan itu mengekalka­n status sebagai 'empat kuasa besar hoki wanita Asia'.

 ??  ?? SKUAD hoki negara kecundang 0-2 kepada Jepun dalam aksi suku akhir di Stadium Kawasaki Jyukou, Jepun, semalam.
SKUAD hoki negara kecundang 0-2 kepada Jepun dalam aksi suku akhir di Stadium Kawasaki Jyukou, Jepun, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia