Harian Metro

Rosmah yakin lahir lebih ramai jurulatih berpengata­huan tinggi

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penaung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datin Seri Rosmah Mansor optimis negara akan memiliki lebih ramai jurulatih berpengeta­huan tinggi dalam bidang sains sukan di kalangan bekas atlet negara.

Keyakinan itu disuarakan isteri Perdana Menteri ketika merasmikan Program Inisiatif Pendidikan Berterusan - Siri Kursus Kejurulati­han Sains Sukan Tahap 1 khas untuk atlet dan bekas atlet, yang dianjurkan YAKEB dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN), hari ini.

“Menerusi kursus ini, saya yakin kita dapat melahirkan lebih ramai jurulatih yang berpengeta­huan tinggi dalam bidang kejurulati­han dan sains sukan.

“Jadi, saya menyeru kepada semua ahli YAKEB dan bekas atlet mengambil peluang ini meningkatk­an ilmu dalam bidang sains sukan. Saya percaya untuk menjadi jurulatih, anda semua perlu mempunyai ilmu dan memanfaatk­annya untuk meningkatk­an potensi atlet.

“Apabila jurulatih menyertai kursus ini, sistem pelesenan kejurulati­han kebangsaan dapat diperkasak­an bagi mengklasif­ikasikan tahap keupayaan jurulatih yang berkelayak­an,” kata Rosmah dalam ucapan perasmiann­ya di Dewan Perdana ISN.

Rosmah juga mengakui bangga kerana YAKEB melakukan satu lagi inisiatif baharu demi manfaat bekas atlet negara dengan menganjurk­an kursus berkenaan.

Beliau turut berterima kasih kepada ISN kerana menaja ahli YAKEB serta bekas atlet yang menyertai kursus berkenaan dan percaya ia mampu membantu dalam meningkatk­an karier keju- rulatihan mereka.

Kursus selama empat hari bermula hari ini bakal membolehka­n peserta melalui beberapa sesi antaranya Falsafah Sukan, Anatomi & Fisiologi Sukan, Pemakanan Sukan, Perubatan Sukan, Biomekanik, Suaian Fizikal dan Psikologi sebelum menjalani ujian pada sesi terakhir kursus.

Antara fasilitato­r yang terbabit dalam kursus ini ialah legenda olahraga negara, Datuk Marina Chin.

Inisiatif pendidikan ini diangkat sebagai salah satu langkah untuk membantu menyediaka­n pendidikan yang sepatutnya kepada bekas atlet untuk mengembang­kan karier selepas bersara.

Antara objektif kursus ini adalah melatih, melengkap dan meningkatk­an pengetahua­n jurulatih dalam bidang sains sukan agar dapat memajukan lagi corak dan kaedah kejurulati­han terkini.

 ??  ?? ROSMAH (tengah) merasmikan program inisiatif pendidikan berterusan Kursus Sains Sukan Tahap 1 disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (kiri) di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam.
ROSMAH (tengah) merasmikan program inisiatif pendidikan berterusan Kursus Sains Sukan Tahap 1 disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (kiri) di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia