Harian Metro

Azroy mahu gegar litar Batu Kawan

- Khairil S Iswan mkhairil@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pelumba Givi Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar ( gambar ) fokus memburu kemenangan ketiga peribadiny­a musim ini selepas peluang merebut takhta kejuaraan CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 sudah tertutup.

Pada perlumbaan pusingan kesembilan di Batu Kawan, Pulau Pinang, hujung minggu ini, Azroy muncul satu-satunya pelumba yang berjaya ‘mencuri’ dua kemenangan daripada pendahulu kejuaraan yang juga juara bertahan Mohd Akid Aziz musim ini.

Selepas menjuarai pusingan kelima di Selangor dan pusingan keenam di Melaka, pelumba muda berbakat itu begitupun kehilangan banyak mata kerana tidak dapat menyertai tiga perlumbaan akibat bertembung dengan jadual perlumbaan Asia Talent Cup.

Selain tidak beraksi di pusingan pertama di Pahang, pusingan kedua di Johor dan pusingan kelapan di Negeri Sembilan, Azroy juga gagal mengutip sebarang mata susulan kemalangan dan tidak menamatkan perlumbaan dalam dua pusingan.

Mengakui sedikit kecewa dengan situasi itu, pelumba berusia 18 tahun itu berkata, sasarannya ketika ini adalah untuk meraih keputusan terbaik bagi dua pusingan terakhir bermula di Pulau Pinang.

“Walaupun kecewa kerana gagal bersaing merebut gelaran keseluruha­n, namun saya tetap akan memberikan yang terbaik dalam baki dua pusingan terakhir musim ini,” kata Azroy.

“Lagipun jadual perlumbaan saya ditentukan oleh Boon Siew Honda dan Yuzy Racing, jadi saya hanya mengikut saja perancanga­n mereka.

“Peluang untuk berada dalam kelompok lima pelumba terbaik musim ini masih terbuka luas, jadi saya perlu memastikan penamat podium minggu ini.”

Selepas lapan pusingan, Azroy kini mengumpul 50 mata untuk berada di tangga ketujuh keseluruha­n manakala Akid selesa di tangga teratas dengan 155 mata.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia