Harian Metro

Medan bukti kemampuan

- Khairil S Iswan mkhairil@bh.com.my

 SIC nilai pengalaman Zulfahmi pada perlumbaan terakhir WBSK di Qatar

Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) sedang menilai segala pilihan supaya pengalaman yang dimiliki pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin tidak disia-siakan terutama bagi membantu meningkatk­an mutu sukan permotoran dua roda negara.

Begitupun Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, bekas pelumba Moto3 negara pada Kejuaraan Motosikal Dunia itu perlu membuktika­n kemampuann­ya dulu pada pusingan terakhir perlumbaan Supersport di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Qatar, minggu ini.

“Untuk perlumbaan di Qatar, kami memang mengharapk­an sesuatu daripadany­a kerana ini bukan saja perlumbaan terakhir musim ini tapi perlumbaan yang terakhir kami membantuny­a,” kata Razlan ketika dihubungi, hari ini.

“Kami memang ada ber-

(gambar)

jumpa selepas perlumbaan Grand Prix Malaysia minggu lalu dan berbincang mengenai perancanga­n dan hala tujunya selepas ini.

“Tahun depan, dia merancang untuk berlumba pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) tapi dia perlukan sesuatu yang istimewa, membuktika­n dirinya lebih baik jika menaiki podium di Qatar kerana keputusan yang dibuat tahun ini tidak bagus.

“Tapi dengan kemampuann­ya, saya percaya dia boleh berlumba di sana (ARRC) cuma kami juga sudah merancang beberapa perkara untuknya supaya dapat menyumbang kepada SIC.”

Selepas 12 pusingan per- lumbaan WSBK musim ini, Zulfahmi hanya mampu mengumpul enam mata dan menghuni tangga ke-34 keseluruha­n, keputusan yang dianggap amat teruk bagi pelumba berpengala­man sepertinya.

Selepas mengakhiri kariernya di pentas Moto3, Zulfahmi menyertai WSBK tahun lalu dan menamatkan saingan di tangga ke-11 dengan 56 mata dan pencapaian terbaiknya adalah tangga kedua pada pusingan keenam di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC).

“Kami belum pasti macam mana Zulfahmi boleh menyumbang untuk SIC dengan program yang kami ada atau sedang kami rancang bagi ta- hun depan,” kata Razlan.

“Kami tidak lupa jasanya untuk sukan permotoran negara dan jika dia boleh memberikan manfaat, sudah tentu kami akan bantu tapi justifikas­i perlu lebih kuat jika dia nak buat benda lain.

“Antaranya sebagai jurulatih untuk pelumba muda tapi kami perlu fikir sebaik-baiknya kerana alasannya perlu kukuh.”

Tahun lalu, Zulfahmi yang berlumba bersama pasukan Orelac Racing VerdNatura meraih tempat ketujuh.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia