Harian Metro

Nadal kekal status

- AFP

 Bintang Sepanyol itu pertahan gelaran pemain nombor satu

Rafael Nadal mengesahka­n statusnya sebagai pemain nombor satu dunia sehingga akhir ta- hun ini selepas berjaya meraih kemenangan 7-5, 6-3 ke atas pemain Korea Selatan, Hyeon Chung ( ) di pusingan kedua Paris Masters, semalam.

Pemenang 16 kali Grand

gambar

Slam itu muncul pemain paling tua dalam sejarah menutup kempen di persada ranking pada usia 31 tahun selepas menyambar dua gelaran utama tahun ini iaitu Terbuka Perancis dan Amerika Syarikat.

Ia kali keempat bintang Sepanyol itu menyamai pencapaian terbabit selepas 2008, 2010 dan 2013.

Nadal yang turun ke gelanggang sedar hanya kemenangan mampu memastikan dia terus kukuh mendominas­i takhta nombor satu dunia ke atas Roger Federer se- lepas legenda Switzerlan­d itu menarik diri sebelum bermula kejohanan.

Chung, 21, memberi tentangan sengit di Bercy Arena tetapi Nadal yang berada di prestasi terbaik terlalu sukar untuk ditandingi­nya.

Nadal seterusnya akan berdepan Pablo Cuevas di pusingan 16 terakhir selepas pemain Uruguay itu mengetepik­an Albert Ramos-Vinolas 6-7 (5/7), 7-6 (7/1), 6-2.

Terdahulu, pilihan keempat Alexander Zverev tersingkir awal apabila tumpas kepada pemain Belanda, Robin Haase in a 3-6, 6-2, 6-2 di pusingan kedua.

 ??  ??
 ??  ?? NADAL menang 7-5, 6-3 keatas Hyeon Chung di pusingan kedua Paris Masters, semalam.
NADAL menang 7-5, 6-3 keatas Hyeon Chung di pusingan kedua Paris Masters, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia