Harian Metro

Pep sanjung sumbangan legenda City

-

Naples: Sergio Aguero

muncul selaku pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester City dan digambarka­n sebagai ‘legenda’ oleh jurulatih, Pep Guardiola.

Jaringan Aguero membantu pasukannya meraih tempat ke pusingan 16 terbaik, Liga Juara-Juara selepas mencatat kemenangan 4-2 ke atas Napoli, awal pagi semalam.

Pemain Argentina berusia 29 tahun itu mengatasi rekod lama, 177 gol milik Eric Brook pada era 1930-an selepas meledak gol ketiga City pada minit ke-69 dalam saingan di Naples.

“Pencapaian diraihnya itu menjadikan dia sebagai seorang legenda, dia mencipta sejarah, jadi saya memberitah­unya untuk menik- matinya,” kata Guardiola.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu hanya memerlukan satu mata untuk menjamin tempat ke pusingan kalah mati untuk tahun kelima berturut-turut.

Namun kemenangan keempat City daripada empat aksi Kumpulan F ketika ini sudah cukup untuk menjamin langkah ke peringkat seterusnya dengan 12 mata, dengan masih berbaki dua perlawanan dalam tangan.

Napoli pula berada di tangga ketiga, enam mata di belakang kelab dari Ukraine, Shakhtar Donetsk yang menewaskan Feyenoord, 3-1.

“Saya sangat gembira kami berada di pusingan 16 terbaik. Ia satu kemenangan yang hebat malam ini,” kata Guardiola.

“Mereka jelas mengucar-kacirkan kami dalam tempoh 20 minit awal, terutamany­a Ghoulam dan saya berharap dia cepat sembuh. Kami bergelut tetapi pemain kami menunjukka­n personalit­i.

“Apa yang penting, bagaimana pasukan memberi reaksi pada saat getir dan mereka menanganin­ya dengan baik. Tahap penonton bola sepak juga menakjubka­n dan apa yang boleh katakan ha

nyalah ‘wow’.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia