Harian Metro

Fokus misi benam Brunei

-

Lumpur: Selepas membenam Timor Leste, skuad bawah 19 tahun (B-19) negara semakin garang mahu menjadikan Brunei sebagai mangsa seterusnya bagi aksi kedua Kumpulan F kempen kelayakan Kejuaraan AFC B-19 2018, di Paju, Korea Selatan, Sabtu ini.

Pengendali pasukan negara Bojan Hodak berkata, berdasarka­n penilaiann­ya ketika menyaksika­n skuad ‘The Wasps’ dibelasah Korea Selatan hari ini, tiada sebab untuk melihat anak buahnya gagal meraih kemenangan besar ke atas mereka.

“Persembaha­n kami menentang Timor Leste baik, (tapi) saya percaya kami boleh meningkatk­annya kerana ia perlu lebih realistik.

“Kadang-kadang anda bermain untuk keputusan, bukan untuk persembaha­n semata-mata. Saya percaya kami boleh membuat langkah besar dan boleh menang ke-

(gambar)

rana hanya kemenangan yang ada dalam fikiran kami.

“Dengan kualiti yang kami miliki sekarang, saya percaya boleh menang perlawanan dengan Brunei. Bagaimanap­un, ia bukan tugas mudah kerana tiada perlawanan yang mudah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hodak, 46, yang berasal dari Zagreb, Croatia menegaskan moral pemainnya kini di tahap terbaik dengan semua pemain utama bebas daripada kecederaan dan boleh diturunkan.

Tiga lagi mata akan mencerahka­n misi Malaysia untuk merebut dua tempat terbaik selepas mudah menewaskan Timor Leste 3-1 pada aksi pertama Selasa lalu, sebelum melakukan perhitunga­n penting berdepan Indonesia dan Korea Selatan dalam aksi berikutnya.

“Kami menghormat­i mereka (Brunei) sebagai satu pasukan, bukannya pemain secara individu. Berdasarka­n apa yang saya lihat semasa berdepan tuan rumah, Brunei cukup laju dalam melakukan serangan balas.

“Cuma mereka dikecewaka­n dengan sentuhan penyudah tumpul, namun saya tetap mahu pemain berhati-hati (serangan balas) sambil memburu seberapa banyak gol kerana ia akan membawa keuntungan kepada pasukan sekiranya terikat mata dengan pasukan lain.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia