Harian Metro

Patut dah lama panggil... Kedah, Kelantan, Melaka terima lesen Liga Super

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Karathu anggap peluang Harimau Malaya layak ke pusingan akhir makin tipis

Bekas pemain kebangsaan era 1960-an, Datuk M Karathu menganggap kehadiran beberapa tonggak utama Johor Darul Ta’zim (Johor DT) sudah terlambat untuk membantu skuad Harimau Malaya.

Tegas bekas pengendali Perak dan Kelantan itu, jika Nelo Vingada dapat menghimpun­kan ‘pemain impiannya’ lebih awal, mungkin kempen kelayakan Piala Asia 2019 akan menjadi mudah dan tidak mustahil Harimau Malaya mampu meraih kemenangan.

“Akhirnya selepas sekian lama, jurulatih (Nelo Vingada) dapat juga membariska­n pasukan terbaik sejak memulakan tugas pada Mei lalu.

“Saya pun tak faham sebenarnya, kenapa baru sekarang pemain ini (pemain utama Johor DT) dibenarkan menyertai pasukan kebangsaan, sedangkan misi untuk layak (pusingan akhir Piala Asia) makin tipis.

“Walaupun alasan mereka adalah kerana kecederaan atau masalah kecergasan, tetapi menerusi gambar latihan di facebook pasukan (Johor Southern Tigers) menunjukka­n pemain itu cergas dan elok baik saja.

“Bukan saya saja hairan, malah orang lain pun mesti tertanya-tanya. Bagaimanap­un, kedatangan mereka kali ini cukup baik dan diharapkan Malaysia mampu mencapai kemenangan ke atas Korea Utara nanti,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harimau Malaysia dijadualka­n bertemu Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand pada 10 dan 13 November ini.

Senarai terkini 24 pemain yang dipanggil Vingada menyaksika­n kembalinya bebe- rapa pemain dari skuad Harimau Selatan.

Seramai 12 pemain Johor DT dipanggil kali ini dengan menyaksika­n Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Junior Eldstal, S Kunanlan dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham kembali memperkuat­kan skuad.

Kali terakhir Izham, Fazly, Junior dan Kunanlan mewakili negara adalah pada Jelajah Oceania, Jun tahun lalu, manakala Fadhli dan Azrif pula pada perlawanan per- sahabatan, tahun lalu.

“Saya masih ingat ketika Malaysia menewaskan Timor Leste dengan agregat 6-0 (playoff kelayakan Piala Asia 2019) di Larkin tahun lalu, jurulatih waktu itu (Datuk Ong Kim Swee) menggunaka­n hampir 70 peratus tonggak JDT.

“Hasilnya cukup membanggak­an, malah persembaha­n kita juga amat baik.

“Saya yakin, kalau dari awal pemain ini tidak disimpan dan mendapat kerjasama

Kuala Lumpur: Kedah, Kelantan dan Melaka United menjadi tiga pasukan baharu yang berjaya mendapatka­n lesen kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi membolehka­n mereka beraksi dalam Liga Super musim depan.

Ia sekali gus mengikut jejak tujuh lagi pasukan yang sudah berjaya lulus lebih awal sebelum ini iaitu Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Pahang, Perak, PKNS FC, Pulau Pinang, Selangor dan T-Team.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, lesen yang diberikan kepada tiga kelab itu hanya lesen FAM namun ia tidak membabitka­n lesen Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC).

“Permohonan mereka yang sebelum ini ditolak kerana gagal memenuhi kriteria ditetapkan akhirnya diluluskan oleh badan rayuan pelesenan kelab FAM pada mesyuarat Jumaat lalu,” katanya menerusi satu kenyataan me- kelab, pasti keputusan lebih positif mampu diraih ketika menentang Lubnan dan Hong Kong,” katanya.

Sebelum ini, Malaysia tewas dua dan seri sekali untuk menghuni tangga tercorot Kumpulan B, dengan hanya satu mata daripada tiga aksi.

Namun, keputusan positif berdepan Korea Utara mampu menghidupk­an semula peluang untuk merebut tempat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2019. dia, hari ini.

“Malah, daripada tujuh pasukan yang mendapat lesen daripada First Instance Body pelesenan kelab FAM sebelum ini, empat daripadany­a iaitu JDT, Pahang, PKNS dan Selangor turut lulus dalam permohonan mendapatka­n lesen kelab AFC.

“Ia bagi membolehka­n mereka beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC atau Piala AFC 2018, jika layak,” katanya yang menghargai kesungguha­n kelab untuk memastikan mereka memenuhi kriteria ditetapkan meskipun ditolak sebelum ini.

Bagaimanap­un, Hamidin mengesahka­n masih ada dua lagi kelab iaitu FELDA United dan Sarawak gagal meraih lesen selepas tidak memenuhi salah satu daripada enam kriteria yang ditetapkan iaitu kewangan walaupun sudah diberikan tempoh lanjutan.

“Bagi membolehka­n sesebuah pasukan itu diberikan lesen kelab, mereka perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruk­tur, pentadbira­n kakitangan, perundanga­n, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017,” katanya.

Lesen FAM dan AFC itu sah untuk tempoh satu musim sahaja iaitu bagi 2018 dan sepanjang musim berkenaan.

Jika mana-mana pasukan didapati melanggar artikel dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017 atau mempunyai kes berkaitan dengan FIFA dan AFC, lesen kelab mereka boleh ditarik balik.

 ??  ?? VINGADA (tengah) sepatutnya himpun pemain terbaik lebih awal dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019.
KARATHU
VINGADA (tengah) sepatutnya himpun pemain terbaik lebih awal dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019. KARATHU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia