Harian Metro

Yakin anak buah bikin kejutan

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

 Chun Yong ubah perancanga­n, taktikal skuad futsal kebangsaan hadapi Thailand di Kejohanan AFF

Dengan peluang untuk melakar sejarah, jurulatih skuad futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong pantas mengingatk­an pemainnya supaya terus menumpukan perhatian apatah lagi mereka bakal menentang Thailand di final Kejohanan AFF di Ho Chi Minh, hari ini.

Malaysia pernah melayakkan diri ke final kejohanan sama dalam tiga edisi - kali terakhir pada 2010 - namun tidak pernah berjaya muncul juara.

Thailand sudah dua kali menewaskan Malaysia dengan keputusan 6-3 di peringkat kumpulan dan 4-3 di pusingan round-robin ketika temasya Sukan SEA.

Tetapi Chun Yong yakin Malaysia mempunyai kemampuan untuk mengejutka­n juara 12 kali itu di final nanti.

“Thailand pasukan pilihan dan secara teknikalny­a, mereka pasukan kuat tetapi kami sudah bersedia untuk berdepan mereka,” kata Chun Yong. “Saya akan mengubah perancanga­n dan taktikal untuk bertemu mereka kali ini.

“Selagi pemain bermain mengikut perancanga­n se- perti ketika kami menentang Vietnam di separuh akhir, saya percaya Malaysia mampu memberi saingan buat Thailand.”

Malaysia akan bermain tanpa Abu Haniffa Hasan selepas dia diarah keluar padang ketika menang 5-1 ke atas Vietnam, Rabu lalu tetapi Chun Yong berkata, ketiadaan pemain itu bukan satu isu.

Apa yang penting baginya ialah pemain sama sekali tidak boleh leka - perkara yang berlaku ketika menentang Thailand di peringkat kumpulan hingga menyaksika­n lawan mendahului 5-0 sambil anak buahnya terlepas beberapa peluang menjaringk­an gol.

“Thailand gagal memecahkan benteng pertahanan kita sepanjang 10 minit pertama tetapi pemain kita hilang tumpuan selepas itu. Ia juga disebabkan kegagalan pemain untuk mengawal pergerakan lawan,” katanya.

“Pada babak kedua, kami mencipta banyak peluang tetapi gagal menjaringk­an gol. Thailand mempunyai pemain yang lebih berkualiti dari segi teknik dan skil individu. Itu saja perbezaann­ya. Benteng pertahanan mereka juga sangat berdisipli­n.”

 ?? Chiew Chun Yong ?? SKUAD futsal lelaki negara meraikan kejayaan memenangi pingat perak pada Sukan SEA lalu. Thailand pasukan pilihan dan secara teknikalny­a, mereka pasukan kuat tetapi kami sudah bersedia untuk berdepan mereka”
Chiew Chun Yong SKUAD futsal lelaki negara meraikan kejayaan memenangi pingat perak pada Sukan SEA lalu. Thailand pasukan pilihan dan secara teknikalny­a, mereka pasukan kuat tetapi kami sudah bersedia untuk berdepan mereka”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia