Harian Metro

Kipre kekal sarung jersi Terengganu musim depan

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Walaupun hanya beraksi sejak pertengaha­n musim, hanya pemain import, Tchetche Kipre yang berjaya memikat hati Irfan Bakti Abu Salim untuk kekal menyarung jersi Terengganu bagi saingan musim depan.

Bagi ketua jurulatih Terengganu itu, Kipre yang lebih dikenali sebagai ‘Drogba Terengganu’ di kalangan penyokong memiliki ciri-ciri pemain idaman selepas mempamerka­n aksi konsisten sepanjang musim lalu.

Penyerang kelahiran Ivory Coast itu menjadi pemain import tunggal dikekalkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menghadapi saingan Liga Super musim 2018.

Tiga lagi pemain import, Lazaro Vinicius Alves Martins dan Gabriel Davis Dos Santos dari Brazil serta penyerang dari Jepun, Issey Nakajima Farran yang sudah tiga musim bersama Terengganu digugurkan.

(gambar)

Irfan Bakti berkata, pemilihan Kipre yang pernah beraksi bersama kelab Al - Suwaiq FC di Liga Oman itu dinilai berdasarka­n prestasiny­a sepanjang setengah musim bersama skuad Peteh.

“Atas faktor itu kita mengambil keputusan untuk mengekalka­n Kipre. Dia berjaya mempamerka­n aksi meyakinkan sepanjang biarpun mula menyarung jersi pada pertengaha­n musim,” katanya.

Kipre menyarung jersi skuad Peteh pada Jun lalu, ketika jendela kedua perpindaha­n pemain bagi menggantik­an penyerang dari Argentina, Federico Falcone yang digugurkan kerana prestasi tidak konsisten.

Penyerang berusia 29 tahun itu muncul penjaring terbanyak pasukan dalam saingan Liga Perdana selepas meledak sembilan gol, dan kehadirann­ya berjaya membantu Terengganu muncul naib juara Liga Perdana serta melangkah ke Liga Super.

Mengenai kuota tiga pemain import yang kosong, Irfan Bakti mengakui sedang berusaha mencari pemain yang lebih baik berbanding bekas pemain import yang digugurkan.

“Kita sedang dan sudah mengenal pasti beberapa pemain untuk diuji, namun perkara itu perlu diperhalus­i lagi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia