Harian Metro

Guerra rindu gema 80,000 penyokong

-

Johor Bahru: Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Gabriel Guerra tidak sabar untuk beraksi sekali lagi di depan 80,000 penyokong di Stadium Shah Alam pada aksi final Piala Malaysia menentang Kedah Sabtu ini.

Tonggak kelahiran Argentina itu kecewa di pentas final Piala FA di gelanggang sama ketika bekas pasukannya PKNS FC tewas 1-2 kepada Johor DT.

Kini selepas lebih setahun, Guerra, 24, tampil menyarung jersi lawannya itu yang kini memburu gelaran sulung Piala Malaysia selepas Johor menang pada final 1985 dan 1991.

“Tahun lalu final Piala FA saya menjaringk­an gol menentang Johor DT tapi kali ini saya mahu menjaringk­an gol untuk Johor DT pula. Semua orang mahu menjaringk­an gol, bagi saya tak kisah siapa yang menjaringk­an gol asalkan kami menang.

“Saya teruja untuk bermain

lagi di depan 80,000 penonton, saya sudah biasa dengan suasana ini,” katanya.

Pemain lincah itu pastinya menjadi taruhan jurulatih Ulisses Morais untuk menggempur kubu juara bertahan Kedah.

Guerra yang membantu Harimau Selatan mempertaha­nkan kejuaraan Liga Super masih menganggap kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang.

“Piala ini penting untuk kelab, penyokong dan saya sendiri. Bagi saya final ini 50-50,

Kedah pasukan yang bagus, kami juga pasukan yang bagus, kami ada masa untuk membuat persiapan.

“Saya dalam keadaan terbaik untuk beraksi di final, tempoh beberapa hari ini saya akan mempersiap­kan diri untuk memberikan aksi terbaik.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia