Harian Metro

Harimau Selatan tak peduli tekanan

-

Johor Bahru: Jurulatih Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Ulisses Morais menegaskan anak buahnya sudah bersedia untuk berdepan sebarang situasi termasuk penentuan sepakan penalti pada aksi final Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Nasib kelab Harimau Selatan itu kurang baik dalam penentuan sepakan penalti sebelum ini apabila tewas 3-5 kepada Pahang selepas aksi 120 minit terikat 2-2 pada final Piala Malaysia 2014.

Malah, mereka juga terlepas trofi Piala Sumbangsih awal tahun ini apabila kalah sepakan penalti 4-5 kepada Kedah sesudah seri 1-1 selepas aksi sebenar.

Bagi Morais, beliau tidak mahu anak buahnya memikirkan badi buruk itu sebaliknya hanya mahu kekal positif.

“Kami bersedia untuk mengharung­i tiga situasi iaitu 90 minit permainan, tambahan 30 minit atau penalti. Kami mahu pemain sentiasa fokus mengenai situasi ini. Tidak kira macam mana situasi yang akan kami hadapi, kami akan berusaha mendapatka­n kemenangan.

“Kami sudah lupakan perlawanan lalu (Piala Sumbangsih), kami hanya fikirkan mengenai perlawanan akan datang, kami hanya mahu pemain fokus dan tidak memikirkan perkara negatif,” katanya.

Johor DT di landasan terbaik untuk merangkul ge- laran sulung Piala Malaysia apabila mara ke final selepas kali terakhir trofi berprestij itu dibawa ke selatan tanah air menerusi kemenangan Johor pada 1985 dan 1991.

Namun, ia bukan tugas mudah apabila skuad juara Liga Super itu berdepan Kedah, juara bertahan serta juara Piala FA yang turut memiliki barisan pemain terbaik termasuk bintang import Liridon Krasniqi, Sandro da Silva dan Ken Ilso.

“Tekanan sentiasa ada dalam perlawanan seperti ini, kami mesti bersikap profesiona­l dan tahu apa yang perlu dilakukan. Kami hanya fokus kepada pasukan. Semua pemain sama, mungkin dua pasukan ini ada dua, tiga pemain yang lebih berkualiti tapi ini bukan perlawanan tiga lawan tiga tapi pasukan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia