Harian Metro

Sandro ketepi misi peribadi

-

Alor Setar: Secara peribadi, Sandro da Silva memasang impian memburu kejayaan berganda, namun pemain tengah ini menegaskan fokus utamanya adalah membantu skuad Helang Merah menjulang trofi Piala Malaysia 2017.

Jelas bekas pemain tengah Daegu FC itu, pastinya menjadi satu pencapaian yang cukup manis jika dia mampu meraih anugerah penjaring terbanyak Piala Malaysia, musim ini.

Namun, dia lebih gembira jika dapat membantu Kedah mempertaha­nkan kejuaraan berprestij itu yang dimenangi mereka pada musim lalu.

Status selaku penjaring terbanyak juga membantu meningkatk­an motivasiny­a untuk memberikan persembaha­n terbaik Sabtu ini, dalam usaha untuk membenam cabaran Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

“Saya gembira dengan prestasi saya ketika ini, jadi saya harap dapat meneruskan momentum ini pada aksi final nanti. “Memenangi kejuaraan berganda sudah pasti lebih baik, tetapi saya enggan memikirkan mengenai pencapaian in

dividu.

“Kejayaan berpasukan lebih penting dan saya mahu memastikan Kedah dapat menjadi juara sekali lagi pada tahun ini,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Pemain ini juga enggan tertekan terutama selepas dianggap sebagai wira apabila tiga golnya dalam dua aksi separuh akhir bertemu FELDA United membolehka­n Kedah mara ke final Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut.

Baginya, dia tidak boleh beraksi secara keseoranga­n dan tetap mengharapk­an sokongan rakan sepasukan untuk memastikan mereka kekal konsisten di padang, apatah lagi pada perlawanan final.

“Secara jujurnya, saya tidak kisah pemain mana pun yang menjaringk­an gol, asalkan Kedah dapat menjadi juara,” katanya.

Skuad bimbingan Nidzam Adzha Yusoff ini berada pada landasan terbaik untuk meraih trofi ketiga musim ini, selepas berjaya merangkul Piala Sumbangsih dan Piala

FA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia