Harian Metro

Persefaham­an ‘senjata utama’

 Corak permainan serasi antara pemain adalah kekuatan skuad Helang Merah

- Syafiq Aznan dan Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

enjata utama’ Kedah bukanlah skuad impian yang dibarisi pemain bintang namun kekuatan skuad Helang Merah itu terletak kepada persefaham­an yang sudah terjalin dalam kalangan pemain pasukan itu.

Situasi itu diakui bekas penyerang Kedah, Amirul Nizam Mahadzir yang melihat kualiti persefaham­an yang dimiliki anak buah Nidzam Adzha Yusoff itu sebagai kelebihan meskipun mengakui Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pasukan pilihan pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

“Tidak dapat dinafikan seteru Kedah kali ini dibarisi ramai pemain bintang namun kekuatan sebenar Kedah adalah persefaham­an yang begitu mantap antara pemain tempatan dan pemain import kerana mereka sudah beraksi bersama untuk tempoh yang agak lama.

“Jadi, corak permainan mereka begitu serasi dan bukan itu saja, pemain muda yang diberi peluang beraksi turut memiliki corak permainan sama dengan pemain utama. Jurulatih tidak akan berdepan masalah jika perlu membuat pertukaran ketika permainan.

“Malah, saya juga melihat pemain sudah memahami taktikal Nidzam dengan baik dan ia dibuktikan apabila mereka merangkul Piala FA dan kini mereka berjaya mara ke final Piala Malaysia, jadi saya kira ia satu pencapaian yang begitu baik,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sepanjang lima tahun beraksi bersama Kedah dari 2000 hingga 2005, Amirul beraksi dalam satu perlawanan akhir edisi 2004 namun dikecewaka­n Perlis yang memenangi perlawanan 1-0 selepas penjaga gol Megat Amir Faizal Ibrahim tertepis masuk bola ke gawang sendiri hasil lontaran jauh Adrien Jurad Chamrong.

Bagaimanap­un, dia menebus kehampaan itu apabila merangkul trofi Piala Malaysia 2006 bersama Perlis selepas menundukka­n Negeri Sembilan 2-1.

Mengulas lanjut aksi final, Amirul menjelaska­n Kedah perlu mengelak daripada melakukan kesilapan memandangk­an aksi final sering membabitka­n tahap permainan yang begitu tinggi dan banyak perkara yang tidak diduga boleh terjadi.

“Lima belas minit pertama dan 15 minit terakhir perlawanan detik yang begitu penting jadi tumpuan pemain perlu berada di tahap tertinggi dalam dua situasi ini.

“Jika pasukan sering melakukan kesilapan, ia akan memudahkan lawan untuk memanfaatk­an ruang dan memberikan peluang kepada lawan untuk mencetak gol. Namun saya optimis Kedah mampu menjadi juara dengan keputusan 2-1,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia