Harian Metro

‘Saya rasa Kedah juara’

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu:

Bakti Abu Salim memilih Kedah sebagai juara Piala Malaysia musim ini walaupun Johor Darul Ta’zim (Johor DT) juga berpeluang untuk menjulang trofi berprestij itu dalam aksi final, Sabtu ini.

Jurulatih Terengganu itu membuat penilaian berdasarka­n kekuatan jentera tengah skuad Helang Merah yang diketuai dua tonggak import, Liridon Krasniqi serta Sandro Da Silva.

“Liridon adalah pemain yang bijak dan mampu bertindak baik di bahagian tengah, terutama ketika menyerang dan bertahan, begitu juga dengan pemain dari Brazil itu (Sandro).

“Selain itu, pemain kebangsaan, Baddrol Bakhtiar juga adalah pemain yang bagus dan mampu menjaringk­an gol jika tidak diawasi pertahanan lawan,” katanya.

Tegas pengendali berpe-

Irfan

(gambar)

ngalaman ini, pemain muda skuad Kedah juga harus diberi perhatian kerana keupayaan mereka mengawal permainan dan begitu bersemanga­t mahu merekod sejarah menjulang trofi.

“Oleh itu, jika dua pemain import itu berada pada tahap prestasi terbaik selain faktor Baddrol, skuad Kedah mampu membawa pulang trofi berprestij itu,” kata Irfan Bakti.

Bagaimanap­un beliau memberikan syarat skuad kendalian Mohd Nidzam Adzha itu perlu mencari jaringan pada babak pertama perlawanan dan perlu pertahanka­n jaringan itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia