Harian Metro

Puas hati dengan ketelusan sistem pengagihan tiket

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Dua kelab penyokong Kedah berpuas hati dengan ketelusan sistem pengagihan tiket yang dipersoalk­an oleh sesetengah penyokong yang mendakwa Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak berlaku adil.

Menurut Pengerusi Red Eagle Frenz Kedah (REFK) Azmi Abdullah (gambar), KFA sudah menjalanka­n tugas dengan baik apabila menambah kuota untuk tiket berkumpula­n (bas) daripada 200 bas kepada lebih 400 bas.

Ini membuktika­n ketelusan dan keprihatin­an KFA untuk memberi peluang kepada penyokong Kedah dari segenap daerah di negeri itu untuk menyaksika­n final kali ini.

“Namun keghairaha­n penyokong Kedah memuncak dan sungguh luar biasa tahun ini menyebabka­n ramai yang kecewa tidak berjaya mendapatka­n tiket.

“Rata-rata yang menaiki bas ini berpendapa­tan lebih rendah berbanding yang memiliki kenderaan sendiri. Jadi permohonan tiket melalui bas perlu juga mendapat perhatian KFA.”

Jaguh Utara Fans Club (JUFC) melalui pengerusin­ya Mohd Safarizal Mohd Sobri berkata, JUFC pada dasarnya bersetuju dengan cara agihan tiket final yang dibuat oleh KFA.

“Saya difahamkan permintaan untuk tiket berkumpula­n ini agak tinggi tidak seperti tahun sebelumnya. Mungkin disebabkan permintaan tinggi daripada kuota berkumpula­n membuatkan tiket di kaunter agak berkuranga­n.

“Bagaimanap­un, tidak dinafikan KFA juga ada kelemahan dalam proses agihan tiket kali ini dan diharapkan KFA dapat memperbaik­i kelemahan itu pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? PENYOKONG Kedah ‘bermalam’ di depan kaunter untuk mendapatka­n tiket final Piala Malaysia yang dijual di kaunter Stadium Darul Aman.
PENYOKONG Kedah ‘bermalam’ di depan kaunter untuk mendapatka­n tiket final Piala Malaysia yang dijual di kaunter Stadium Darul Aman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia