Harian Metro

Kesal penyokong Kedah tak dapat tiket

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa kecewa terhadap layanan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kepada penyokong setia pasukan itu ketika jualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Aman semalam.

Malah, Tunku Ismail menyaranka­n mana-mana individu berkenaan melepaskan jawatan disandang sekiranya gagal melaksanak­an tanggungja­wab dengan telus.

“Saya amat kecewa dengan sikap dan layanan diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah kepada penyokong setia mereka. Penyokong yang beratur dan datang memberi sokongan setiap kali perlawanan di Stadium Darul Aman sebelum ini tidak dapat tiket untuk menyaksika­n perlawanan akhir Sabtu ini.

“Tapi individu yang tiada kena mengena dengan bola sepak yang dapat tiket melalui saluran tertentu. Saya dimaklumka­n hingga 6,000 keping tiket ditempah oleh orang tertentu dalam KFA.

“Saya harap individu seperti ini tidak perlu berada di persatuan bola sepak. Lebih baik berundur dan bagi orang yang layak mengutamak­an penyokong dan dapat menjaga persatuan dengan tulus,” katanya menerusi laman sesawang Johor Southern Tigers, semalam.

Tunku Ismail bertegas beliau sering mengutamak­an penyokong setia pasukan dan menolak permohonan 1,000 tiket oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebaliknya hanya memberikan 600 keping kepada jemputan khas.

Pada masa sama, Tunku Ismail berharap semua persatuan dan kelab dapat belajar daripada kesilapan lalu kerana bola sepak adalah hak milik penyokong, bukannya individu tertentu.

“Saya juga dimaklumka­n terdapat individu dalam parti politik yang bergaduh dan sabotaj antara satu sama lain berkenaan penjualan tiket perlawanan akhir. Siasatan sedang dilakukan mengenai perkara ini.

“Sekiranya tidak berlaku alhamdulil­lah, tapi jika didapati ia benar, bersediala­h berjumpa dengan saya. Di Johor tiada tempat (buat) orang korupsi seperti ini. Bola sepak adalah hak milik rakyat dan bukannya untuk dipolitikk­an.

“Saya harap semua persatuan dan kelab dapat belajar daripada kesilapan ini kerana penyokong adalah nadi kepada persatuan dan kelab bola sepak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia