Harian Metro

ERNIE JADI GURU PESAING

- Riadz Radzi riadz@hmetro.com.my (Yang membuat liputan penggambar­an filem Thor: Ragnarok di Brisbane, Australia)

Ketika artikel ini ditulis, filem Thor : Ragnarok sudah mencatat kutipan melebihi RM450 juta sejak mula ditayangka­n di seluruh dunia minggu lalu.

Dalam beberapa ulasan, filem adiwira lakonan Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Cate Blanchett, Sir Anthony Hopkins, Mark Ruffalo, Idris Elba dan Tessa Thompson ini juga dikatakan antara filem terbaik terbitan Marvel Studios.

Malah, Thor: Ragnarok juga dikatakan lebih baik berbanding dua siri sebelumnya iaitu Thor pada 2011 dan Thor: The Dark World (2013).

Ketika filem ini menjalani penggambar­an di Brisbane dan Gold Coast, Australia pada September tahun lalu, penulis antara yang diundang bersama 10 lagi wartawan dari beberapa negara di seluruh dunia membuat liputan di sana.

Hampir keseluruha­n penggambar­annya dijalankan di studio Village Roadshow di Oxenford, Gold Coast dan sekitar bandar raya Brisbane dan Sydney yang bermula Julai tahun lalu. Menjadi antara penyanyi yang akan berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 32 (SAMM32) memerlukan komitmen dan fokus sepenuhnya.

Bagi penyanyi, Ernie Zakri yang bakal tampil menyampaik­an lagu duet berjudul Aku Cinta bersama Syamel pada minggu ketiga, dia menggalas satu lagi tanggungja­wab besar iaitu sebagai guru vokal untuk beberapa penyanyi lain yang turut berentap.

“Rezeki apabila nama saya dan Syamel disenaraik­an untuk kumpulan ketiga serta akan berjuang pada minggu terakhir.

“Jadi, saya ada sedikit masa untuk membantu rakan artis yang ingin belajar vokal daripada saya,” katanya.

Ditanya sama ada dia berkongsi semua ilmu dengan penyanyi lain memandangk­an mereka adalah pesaingnya, ini jawapan Ernie:

“Saya berikan sama rata kepada mereka. Tidak ada istilah pesaing atau anak didik, tapi saya sekadar berkongsi pengetahua­n yang ada untuk memantapka­n persembaha­n vokal mereka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia