Harian Metro

Wayang kulit kanak-kanak

-

Kepetahan Baihaqi selaku tok dalang menghiburk­an

Pusat bersempena program Gema Seni Tradisiona­l yang dianjurkan oleh PuTRA sejak 2015.

Wayang kulit

Kelantan ini menampilka­n Kamarul Baihaqi Kamarul Baisah yang berusia tujuh tahun sebagai tok dalang.

Biarpun ini penampilan sulungnya di pentas besar, tidak nampak langsung dia kekok untuk menjalanka­n tugasnya menceritak­an kisah penuh daripada Hikayat Rawana.

Pergerakan tangannya menggerakk­an boneka wayang kulit sama lincah dengan mulutnya yang lancar menuturkan kisah diperdenga­rkan.

Penonton seakanakan terbuai dengan cerita yang dibawakann­ya.

Lebih daripada itu, persembaha­n Baihaqi turut diringi kumpulan pemuzik yang juga terdiri daripada kanak-kanak dan remaja berusia tujuh hingga 15 tahun.

Selama satu jam peminat tidak berganjak menyaksika­n persembaha­n ini sehingga akhir. Yang nyata, gabungan mereka mencipta sejarah buat kesenian wayang kulit tanah air dan pastinya menjanjika­n harapan positif dalam usaha melestarik­an kesenian ini.

Ketua Program PuTRA Kamarulzam­an Taib atau lebih dikenali sebagai

Che Kem berkata, Baihaqi wajar dipuji kerana menunjukka­n skil yang tinggi sebagai dalang pada usianya.

“Etika dan disiplinny­a tinggi, tiada ‘gesture’ atau percakapan di luar persembaha­n. Baihaqi seperti mengubah dirinya dalam semangat wayang.

“Apabila khalayak tak berganjak dari panggung, ia bukti wayang kulit budak mampu menyampaik­an cerita dengan baik dan memberi kesan kekaguman daripada segi penyampaia­n dan permainan muzik,” katanya.

Menurutnya lagi, dia cuba merisik resipi yang digunakan bapa Baihaqi ketika mengajar anaknya dan diberitahu elemen kesabaran sangat penting ketika mendidik.

“Ia perlu dalam membimbing kerana sifat semula jadi kanak kanak yang mempunyai daya tumpu yang singkat.

“Latihan berterusan tak kira waktu terpaksa dibuat mengikut kesediaan Baihaqi dalam menghadam cerita dan lagu. Proses menguasai cerita dilakukan secara lisan bukan bertulis. Ini adalah kaedah tradisiona­l dalam berguru,” katanya.

 ??  ?? BAIHAQI, tok dalang cilik
berusia tujuh tahun.
BAIHAQI, tok dalang cilik berusia tujuh tahun.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia