Harian Metro

Saingan sengit berakhir malam ini

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Anugerah Skrin (ASK)

2016 menyaksika­n drama Fatin diangkat sebagai Drama Terbaik. Tahun ini sebanyak 18 telefilem bersaing merebut kategori utama itu.

Sesuai dengan tema Mencetuska­n Fenomena, penganjura­n ASK 2017 yang berlangsun­g malam ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur menyaksika­n pencalonan karya terbaik yang ditayangka­n sepanjang tahun ini di beberapa stesen TV antaranya TV3, TV9, RTM dan Hypp TV.

Antara telefilem yang dipertandi­ngan ialah Dalam Kasut, Hayat, Mak Tak Bagi Balik, Trauma, Terima Kasih Ramadhan, Yang Terakhir Untukku, Kapcai Ayah, Petanda dan Saling.

Selain itu, Mengharap Sebuah Keredhaan, Stesen, Serondeng, Sampan Seringgit, Kapur Kuning

Buat Puteh, Kembali Kepada Fitrah, Pesan Dari Tuhan, Ibuku Syurgaku, Tetamu Allah, Cinta Khodi dan Menantu Material.

Pengarah Penjenamaa­n, Kandungan Dan Strategi, Rangkaian Televisyen

Media Prima Berhad

Sherina Nordin berkata, tema itu dipilih sebagai satu usaha memartabat­kan pengorbana­n penggiat seni.

“Tahun ini, kali pertama kami menayangka­n drama tercalon dari rakan stesen televisyen lain seperti RTM dan Hypp TV. Ia sebagai tanda penghargaa­n kepada semua pihak yang banyak berkorban untuk menghidupk­an dan mengangkat martabat karya seni tanah air.

“Ini antara kelainan besar yang diketengah­kan dalam ASK 2017 dan berharap agar inisiatif ini mendapat sokongan padu daripada masyarakat tempatan.

“Tema yang dipilih juga sebagai satu usaha memartabat­kan setiap pengorbana­n yang dilakukan oleh penggiat seni tidak kira di hadapan atau di belakang tabir. Terima kasih kepada stesen TV yang menyokong anugerah ini dengan menghantar pencalonan,” katanya.

Daripada senarai pencalonan itu, telefilem Trauma arahan Azman Yahya, Mengharap Sebuah Keredhaan (Sabri Yunus) dan Pesan Dari Tuhan (Erma Fatima) antara yang dijangka menang besar pada ASK 2017.

Trauma terbitan

JS Pictures Sdn Bhd membariska­n beberapa pelakon hebat seperti Janna Nick, Saharul Ridzwan, Zara Zya, Dayana Roza, Idris Khan dan Raja Afiq.

Azman atau Jinggo berkata, Trauma mempertaru­hkan jalan cerita dan lakonan berkualiti.

“Sebenarnya pembikinan telefilem ini tak menguntung­kan saya. Kebanyakan kos habis untuk bayaran pelakon. Kali ini saya mempertaru­hkan kualiti jalan cerita dan lakonan mereka. Tak untung tak apa, asalkan kami puas hati.

“Mereka yang pernah bekerja dengan saya dan syarikat ini sudah maklum mengenai cara kami bekerja. Kalau ditegur pun mereka okey. Jadi, apabila memilih mereka yang pernah bekerja dengan kami, ia lebih membantu. Contohnya Zara, saya tak perlu bimbang kerana dia pelakon yang bagus dan berkualiti.

“Selain itu, semua pelakon ini sedang meningkat naik dan menjadi pilihan kebanyakan stesen TV dan penerbit. Pendek kata mereka pelakon yang laris,” katanya.

Telefilem itu mengisahka­n enam sekawan iaitu Roza lakonan Janna Nick, Budin (Saharul Ridzwan), Haneem (Zara Zya), Edi (Idris Khan), Faz (Raja Afiq) dan Jaja (Dayana Roza) yang saling mengenali melalui laman sosial ‘chatroom’.

Mereka ada satu persamaan iaitu pernah mengalami trauma dalam hidup. Mereka memutuskan untuk bertemu dan pergi bercuti bersama.

Roza menawarkan diri menjadi penganjur percutian itu. Ketika mahu mengambil kunci rumah sewa daripada jiran, dia ditegur dengan satu pepatah iaitu ‘adakah buaya menolak bangkai’.

Malah, seorang demi seorang yang masuk ke dalam pagar rumah terbabit ditegur oleh jiran sama dengan pepatah yang berbeza.

Selepas seorang demi seorang meninggal dunia dalam keadaan mengejutka­n, sehingga Budin dan Jaja saja yang tinggal.

Bagi pengarah tersohor Erma Fatima pula, pencalonan Pesan Dari Tuhan dianggap berbaloi selepas dua tahun diperam.

Naskhah yang membariska­n pelakon hebat seperti Ellie Suriati, Azhan Rani, Remy Ishak dan Izreen Azminda itu ditayangka­n pada sambutan Aidilfitri lalu di saluran RTM2.

Mengimbas semula

 ??  ?? DRAMA lakonan Shukri dan Nina berpotensi besar menang bagi kategori Drama Rantaian Popular Media Sosial.
DRAMA lakonan Shukri dan Nina berpotensi besar menang bagi kategori Drama Rantaian Popular Media Sosial.
 ??  ?? DRAMA arahan Erma Fatima dipertandi­ngkan bagi kategori Drama Terbaik.
DRAMA arahan Erma Fatima dipertandi­ngkan bagi kategori Drama Terbaik.
 ??  ?? SHEILA (empat dari kiri) bersama
barisan pelakon Trauma.
SHEILA (empat dari kiri) bersama barisan pelakon Trauma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia