Harian Metro

Panas baran, tak sabar dan degil

- Syanty Octav ia Amry soctavia@hmetro.com.my

Fattah bawa watak berbeza, sekadar teman biasa Fazura dalam filem TV Wanita Terindah

Selepas kejayaan gandingan mereka dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella (HSC), filem TV berjudul Wanita Terindah memenuhi harapan peminat untuk melihat pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin bersama sekali lagi.

Namun, naratif kali ini berbeza apabila memperliha­tkan sisi mereka sebagai teman dan bukan pasangan kekasih.

Bukan niat menghampak­an peminat tetapi penulis skrip Wanita Terindah, Rafidah Abdullah mahu lari daripada kisah cinta sebaliknya menampilka­n kehidupan seorang lelaki yang berjuang untuk keluargany­a.

Baginya, naskhah Wanita Terindah sangat istimewa kerana ia tidak hanya ditujukan buat teman wanita sematamata sebaliknya lebih kepada kasih sayang buat orang tua dan keluarga.

“Saya mahu menonjolka­n kisah keluarga dan fokus utama ialah terhadap lelaki yang menggalas tanggungja­wab besar terhadap keluargany­a.

“Kalau kisah Fazura dan Fattah bercinta itu sudah biasa sangat. Pemilihan tayangan di Astro First Ekslusif juga kerana saya mahu seisi keluarga menyaksika­n filem ini,” katanya.

Wanita Terindah mula menemui penonton di saluran Astro First Eksklusif sejak semalam. Selain Fattah dan Fazura sebagai teraju utama, filem itu turut dibintangi Sarah Hildebrand, Liza Othman dan Samantha Katie

James.

Berkongsi perasaanny­a mengenai filem itu, Fattah berkata wataknya jauh berbeza daripada apa yang pernah dipersemba­hkan sebelum ini.

“Belum pernah lagi saya bawa watak lelaki panas baran. Memang susah dan mencabar untuk saya mengambil ‘mood’ seperti itu.

“Jalan cerita karya ini juga berbeza daripada cerita saya sebelum ini. Pastinya saya mahu filem ini menjadi pengajaran buat lelaki,” katanya.

Wanita Terindah juga terhasil daripada lagu yang pernah dinyanyika­n Fattah berjudul Wanita

 ??  ?? BARISAN pelakon dan penerbit Wanita
Terindah.
BARISAN pelakon dan penerbit Wanita Terindah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia