Harian Metro

PELAKON BERHIJAB TAYANG AURAT

-

Terbeliak biji mata SS apabila ternampak pelakon wanita yang boleh dikatakan cantik jelita ini. Baru-baru ini, SS lepak bersama teman di restoran terkemuka di ibu kota.

Selain makanan, ada benda lain yang menarik perhatian. Mata SS juga dijamu dengan kelibat pelakon wanita yang berhijab ini.

Namun, penampilan­nya berbeza pada malam itu. Hijabnya hilang! Mungkin kerana terlalu lapar, dia terlupa mengenakan tudung yang wajib untuk wanita Muslimah itu.

Adakah pemakaian hijab itu semata-mata untuk meraih publisiti dan menunjukka­n dirinya sudah berhijrah? Walhal, dia sebenarnya mungkin tidak selesa dengan penampilan berhijab itu?

Tidak keseoranga­n, dia juga ditemani oleh rakannya yang juga pelakon suam-suam kuku, berambut perang yang melampau.

SS: Hijab bukan aksesori. Kisah cinta pelakon cantik ini sering kecundang. Sejak dulu hinggalah sekarang, hubungan seperti tiada penghujung.

Baru-baru ini SS bertemu bekas kekasihnya dan khabarnya hubungan mereka retak menanti belah.

Difahamkan mereka merancang untuk berkahwin tiba-tiba banyak pula masalah timbul.

Sembang punya sembang, kata bekas kekasih artis ini sejak dulu keadaan memang begitu. Akan timbul masalah apabila artis cantik ini merancang hendak kahwin.

Difahamkan semua itu terjadi kerana keluarga artis ini ‘membela’ sehingga sukar untuknya berkahwin.

Kasihan pula SS dengar kisahnya. Sudahlah cantik jodoh pula sukar lekat. SS berharap andai artis cantik ini tahu masalah yang menimpa dirinya, segeralah berubat atau melakukan sesuatu.

Jika tidak, selamalama­nya dia akan terus begitu dan cintanya tidak akan berkesudah­an.

SS: Percaya jodoh di tangan Tuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia