Harian Metro

KARNIVAL PENCETUS SEMANGAT

- Togi Marzuki rencana@hmetro.co.my

Safiah kini bergelar usahawan jeruk walaupun pada

mulanya terbabit sekadar suka-suka

Seorang peniaga menjual pelbagai jeruk buahbuahan tempatan tidak menyangka pembabitan secara suka-suka dalam menghasilk­an jeruk sejak setahun lalu kini menjadi punca utama pendapatan keluarga.

Jeruk jenama Hjh Safiah Wal Usrah Produk Muslim di Kampung

Parit Hj Adnan, Pekan Parit Sikom, Pontian, Johor semakin mendapat perhatian orang ramai kerana keenakanny­a.

Safiah Kamirin,

57, berkata minatnya bermula selepas mengunjung­i penjelajah­an karnival Mini Agro Johor yang diadakan sebelum ini. Katanya, karnival berkenaan bukan saja membolehka­n usahawan mempromosi­kan pelbagai produk mereka, malah menjadi pendorong kepada pengunjung yang ingin turut membabitka­n diri dalam produk pengeluara­n industri asas tani.

“Saya hanya berbekalka­n modal permulaan RM500 untuk membeli hasil tani khususnya buah-buahan seperti mangga, betik, sengkuang, kedondong dan nanas yang dihantar penduduk kampung berdekatan.

“Malah saya menggunaka­n kepakaran dipelajari dari beberapa pihak termasuk rakan dan menghadiri kursus melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Daerah Pontian.

“Selain itu saya turut memasarkan jeruk ini di sekitar Pontian termasuk melalui laman sosial Facebook Safiah Kamirin,” katanya.

Menurutnya, pembuatann­ya mudah dan ringkas, bagaimanap­un perlu menitikber­atkan kualiti bagi menepati cita rasa sebenar dan pada masa sama perlu bijak mengatur dan mempamerka­n barangan yang dijual, kreatif serta susunan rapi untuk menambah daya tarikan pengunjung.

“Saya dibantu suami Ahmad Aduan, 64, dan dua pekerja menjual dengan harga berpatutan dan lebih rendah dari harga di pasaran.

“Sementara itu, tempoh sesuai untuk dipasarkan selama satu hingga dua minggu mengikut jenis buah selepas melalui proses rendaman.

“Setakat ini, sambutan dan sokongan sangat menggalakk­an walaupun banyak persaingan.

Usaha keras pasti akan memperoleh kejayaan.

“Namun apa yang lebih membanggak­an, melalui usaha itu secara langsung dapat meningkatk­an semangat golongan petani di kampung berkenaan dalam penanaman buah berkenaan untuk menambah pendapatan mereka,” katanya yang pernah menerima anugerah Usahawan Agro Makanan PPK Pontian Selatan 2016.

 ??  ??
 ??  ?? SAFIAH (tengah), Ahmad dan pekerjanya menunjukka­n sebahagian hasil jeruk buah.
SAFIAH (tengah), Ahmad dan pekerjanya menunjukka­n sebahagian hasil jeruk buah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia