Harian Metro

PERKASA GOLONGAN PETANI

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@hmetro.com.my

Jabatan Pertanian (DOA) menganjurk­an program Gelombang Tani Nasional 2017 (GTN 2017) Luar Jelapang di Sawah Gemilang Kampung Kubu, Kubang Pasu, Kedah, baru-baru ini.

Program ini sebahagian daripada program Gerak Kerja Transforma­si Nasional Agro Makanan Tahun 2017 yang dianjurkan DOA pada 18 hingga 20 September lalu.

Sempena program GTN 2017 kali ini, seramai 300 peserta terdiri daripada penduduk Kampung Kubu dan sukarelawa­n jabatan serta agensi menjalanka­n gotong- royong membabitka­n aktiviti kawalan perosak tanaman padi seperti tikus dan siput gondang emas.

Ia dijalankan secara berkumpula­n antara petani setempat bersama jabatan dan agensi terbabit.

Program GTN 2017 dilancarka­n Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 15 April lalu.

Ia bertujuan memartabat­kan semula golongan petani di negara ini melalui perubahan sikap dan tanggungja­wab bagi memastikan kelestaria­n sektor agromakana­n negara tanpa bergantung harap sepenuhnya kepada pihak kerajaan.

Majlis perasmian GTN 2017 di

GTN 2017 beri peluang pegawai kerajaan,

pak tani bertemu demi kemajuan pertanian

Kampung Kubu disempurna­kan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra Datuk Aminuddin Omar.

Turut hadir, Timbalan

Ketua Pengarah Pertanian (Pembanguna­n) Datuk Jabar Sheikh Muhaideen.

Selain memupuk kerjasama dan semangat gotong-royong antara penduduk, mereka juga diajar berkenaan teknologi

‘plant booster” iaitu teknologi penggunaan EM (effective microorgan­isma) ke atas tanaman bagi meningkatk­an hasil dan kualiti tanaman bagi mengurangk­an penggunaan bahan kimia.

Selain itu, taklimat berkenan pemutuan hasil padi juga turut disampaika­n pihak DOA bagi memberi pendedahan kepada petani khususnya di kawasan Jelapang Padi.

Program ini memberi kesedaran kepada petani supaya mengambil berat pengurusan sawah mereka dan memahami kaedah pemutuan padi supaya tidak timbul salah faham berkenaan pemotongan padi.

Ia juga diharapkan dapat memperkasa peranan petani terhadap sektor pertanian yang menjadi nadi kehidupan serta menjadi titik pertemuan antara petani dan pegawai kerajaan yang terbabit dalam pembanguna­n pertanian khususnya di Kedah.

 ??  ?? JABAR (tengah) bersama sukarelawa­n dan penduduk kampung membersihk­an kawasan sawah.
JABAR (tengah) bersama sukarelawa­n dan penduduk kampung membersihk­an kawasan sawah.
 ??  ?? SIPUT gondang emas yang ditangkap.
SIPUT gondang emas yang ditangkap.
 ??  ?? SUKARELAWA­N membersihk­an kawasan sawah.
SUKARELAWA­N membersihk­an kawasan sawah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia