Harian Metro

6,000 anak pokok dihasilkan UPM DIJUAL

-

Lebih 6,000 anak pokok buahbuahan yang dihasilkan sendiri Universiti Putra Malaysia (UPM) bakal dijual sempena Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesye­n UPM kali ke-41 di Bukit Ekspo, Taman Pertanian Universiti (TPU), UPM, Serdang, mulai hari ini hingga 8 November ini.

Ekspo bertemakan Ihsan: Kecemerlan­gan dan Cabaran bakal beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam menawarkan hasil pertanian, anak pokok, pelbagai klon anak pokok durian, orkid dan produk kraf dengan harga berpatutan.

Pengarah TPU UPM Prof Dr Japar Sidik Bujang berkata, ekspo itu mengetenga­hkan pameran dan aktiviti berteraska­n pertanian seperti jualan hasil pertanian dan produk hiliran.

Beliau berkata, antara anak pokok yang dijual ialah duri hitam (D200), raja kunyit atau musang king (D197) dan Hajah Hasmah (D168).

“Sementara anak pokok buah-buahan lain seperti rambutan anak sekolah (R191), mangga cok anan (MA224), nangka tekam yellow (J33) dan cempedak (CH28).

“Orang ramai juga berpeluang mendapatka­n daging kambing dan rusa berkualiti ternakan UPM,” katanya pada sidang media di TPU UPM, Serdang, baru-baru ini.

Japar Sidik berkata, pameran ternakan juga akan diadakan merangkumi ternakan rusa baka cervus timorensis yang dibela di TPU dengan mencapai berat antara 80 hingga 100 kilogram (kg).

“Selain itu, klinik pertanian yang membawakan pakar pertanian UPM untuk membantu orang ramai dalam kaedah dan masalah pertanian membabitka­n penanaman fertigasi, penyediaan baja kompos dan sistem pengairan,” katanya.

 ??  ?? DR Japar Sidik
DR Japar Sidik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia