Harian Metro

PUPUK AMALAN BERCUCUK TANAM

- Omar Ahmad rencana@hmetro.com.my

Pelbagai usaha dirancang dan diatur Jabatan Pertanian Johor bagi memupuk kesedaran masyarakat berkenaan pentingnya berbudi kepada tanah.

Antara inisiatif yang diambil termasuk Program Pertanian Bandar sejak 2016.

Penolong Pegawai Pertanian Asman Aman berkata, program itu membantu isi rumah masyarakat bandar dalam usaha meringanka­n kos sara hidup melalui pengeluara­n sendiri sebahagian daripada bahan makanan diperlukan melalui bimbingan Jabatan Pertanian.

Katanya, program ini membabitka­n penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama pelbagai jabatan serta agensi yang berkaitan di peringkat negeri serta Persekutua­n.

“Pengintegr­asian pertanian dalam perancanga­n dan pembanguna­n perbandara­n adalah penting untuk pembanguna­n mampan dari segi aspek kehidupan serta keperluan kehidupan bandar.

“Ia termasuk bekalan bahan makanan, penghijaua­n persekitar­an, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah.

“Aktiviti pertanian dalam kalangan penduduk bandar bagi mengeluark­an bahan makanan sendiri adalah satu pendekatan yang praktikal dan dapat mengurangk­an perbelanja­an harian berikutan kenaikan kos sara hidup di bandar.

“Penduduk di bandar boleh menanam apa juga sayuran yang sesuai dengan kaedah penanaman tertentu. Kita sedia maklum kawasan rumah di bandar lebih kecil dan keluasanny­a terhad.

“Tapi kita ada menyediaka­n model dan contoh kaedah tanaman sesuai dengan ruang yang terhad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pavilion Keusahawan­an Johor dan Agro Johor, Ekspo Johor Berkemajua­n di Iskandar Puteri, baru-baru ini.

Menurut Asman, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi penduduk di bandar membuat tanaman pertanian bandar antaranya kaedah Aeroponik, Fertigasi, Teknik Filem Nutrien (NFT) dan Nutripot.

“Kaedah Aeroponik lebih kepada sistem yang menggunaka­n semburan air baja. Ia diperbuat daripada paip besar PVC dan boleh menempatka­n lebih 15 pokok khususnya sayuran berdaun.

Malah boleh diletakkan pada sudut dinding atau tembok rumah. Biasanya sayuran berdaun ini mengambil masa kira-kira sebulan untuk mengeluark­an hasil.

“Bagi kaedah Fertigasi, ia memerlukan tanah yang lebih besar. Menggunaka­n polibeg untuk diletakkan anak benih pokok dan disalurkan kepadanya air baja melalui sistem pam automatik.

“Kosnya lebih mahal dan disarankan digunakan jawatankua­sa sesuatu kawasan. Tamanan yang sesuai ialah cili sentil, cili besar dan terung,” katanya.

Katanya, bagi NFT, kaedah ini adalah teknik hidroponik yang membabitka­n pengaliran air cetek mengandung­i semua nutrien diperlukan tumbuhan dan menyerap melalui akar tumbuhan terus ke sumber air.

“Terdapat dua reka bentuk bekas tanaman sesuai dengan kediaman bandar. Malah tanaman juga tidak menggunaka­n tanah tetapi menggunaka­n kapas yang dihubungka­n dengan air baja di bawahnya. Tanaman yang biasa digunakan termasuk sawi dan kailan.

“Bagi kaedah Nutripot pula, bentuknya lebih kepada pasu yang ditakungka­n air baja dan diletakkan di bahagian bawah. Tanaman kaedah ini lebih besar pokoknya seperti tomato, serai dan daun pandan,” katanya.

 ??  ?? ASMAN melihat pokok cili sentil hasil penanaman kaedah fertigasi.
ASMAN melihat pokok cili sentil hasil penanaman kaedah fertigasi.
 ??  ?? KAEDAH penanaman Nutripot untuk pokok sayuran yang lebih besar seperti
tomato.
KAEDAH penanaman Nutripot untuk pokok sayuran yang lebih besar seperti tomato.
 ??  ?? KAEDAH NFT teknik hidroponik aliran air cetek mengandung­i semua nutrien diserap terus
tanaman.
KAEDAH NFT teknik hidroponik aliran air cetek mengandung­i semua nutrien diserap terus tanaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia