Harian Metro

TIP WAKTU DARURAT

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Alat solek cukup sinonim dengan wanita jadi tidak hairanlah jika ia menjadi barangan yang wajib ada di dalam beg tangan mereka.

Jika tidak banyak pun pasti bedak padat dan gincu dibawa bersama sebelum keluar ke kuliah, tempat kerja atau bersantai dengan teman.

Namun, adakah anda sudah bersedia jika perlu menghadiri majlis tertentu pada saat akhir tetapi alat solek anda habis atau tertinggal di rumah?

Jangan panik, ada caranya untuk berdandan ketika darurat dan berikut lima alat alternatif yang boleh menjadi penyelamat anda: satunya adalah mencuci solekan di wajah serta pengganti bagi pencuci muka.

Jadi, usah khuatir sekiranya terlupa membawa pencuci muka kerana tisu basah juga boleh menghilang­kan minyak dan kotoran wajah.

Malah, tisu basah membantu wajah anda kelihatan lebih segar sebelum berdandan dan paling penting sesuai untuk semua tidak kira lelaki mahupun perempuan!

Kehabisan krim pelembap muka? Jadikan minyak zaitun sebagai pengganti dan lebih sesuai jika digunakan sebelum tidur pada waktu malam.

Bukan saja wajah malah minyak zaitun boleh digunakan pada bahagian lain seperti badan dan rambut.

Selain menjadi pelembap, ia juga boleh digunakan untuk membersihk­an solekan di bahagian wajah dan mata.

Anda juga boleh kelihatan segar tanpa memakai bedak padat dengan adanya kertas penyerap minyak.

Cuma perlu lap kertas berkenaan di muka kemudian anda akan lihat minyak di wajah akan hilang dengan serta merta.

Kertas penyerap minyak ini boleh didapat di pasaran dan menariknya, ia dijual dalam pek mudah dibawa.

Jangan sangka maskara digunakan untuk mencantikk­an bulu mata saja kerana ia juga boleh menjadi pengganti kepada ‘eye liner’.

Caranya ialah dengan menyapukan pada bahagian atas dan kelopak mata, sama seperti menggunaka­n ‘eye liner’.

Lakukan dengan teliti untuk mendapatka­n hasil memuaskan, selamat mencuba!

Tanpa pemerah pipi, anda masih boleh mendapatka­n wajah kemerahmer­ahan dengan menggunaka­n gincu sebagai pengganti.

Sapukan sedikit di bahagian pipi dan gosok dengan perlahan, memadai untuk memberi rona kemerah-merahan pada wajah.

Trik ini cukup sesuai digunakan sebagai penyelamat pada waktu kecemasan!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia