Harian Metro

Kisah kejayaan 5 individu

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Ditampilka­n dalam kempen ‘Goodness Feeds Greatness’

Di sebalik kejayaan setiap individu terselindu­ng sokongan dan semangat luar biasa yang diberikan insan tersayang dalam membantu mengecapi kejayaan itu.

Fernleaf yang juga jenama tenusu yang dipercayai membawakan kebaikan tenusu semula jadi dari New Zealand menggalakk­an rakyat negara ini berusaha mengejar impian dengan berpegang kepada sokongan serta semangat yang diberikan insan tersayang.

Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia dan Singapura Jose Miguel Porraz-Lando berkata, semangat dan sokongan keluarga serta individu terdekat diperlukan dalam membantu setiap orang menggapai impian hidup.

Menurutnya, jenama itu yang sudah menjadi sebahagian daripada keluarga Malaysia selama lebih 30 tahun menggalakk­an rakyat negara ini untuk mengejar impian, berusaha ke arah kehebatan dan menggalakk­an semua individu supaya saling memberi semangat antara satu sama lain.

“Seiring dengan hasrat ini, kami menggabung­kan lima individu berani dan tabah untuk berkongsi kisah kejayaan masingmasi­ng, yang ditampilka­n dalam kempen ‘Goodness Feeds Greatness’.

“Kelima-lima individu berani dan tabah dalam kempen ini dipilih kerana mereka berjaya menempuh kesukaran namun dapat mencapai kejayaan pada akhirnya,” katanya.

Lima individu hebat itu adalah Siti Hanisah Sharuddin, wanita termuda Malaysia yang berjaya menakluki Gunung Everest pada 2013 ketika berusia 23 tahun; penari Bharatanat­yam (tarian klasik India) yang terkemuka di dunia, Mavin Khoo; Hayati Ismail iaitu bekas warga korporat cemerlang yang kemudian menjadi pejuang kebajikan dan kini menerajui Food A id Foundation.

Dua lagi individu terbabit adalah pengasas Teddy Mobile Clinic yang menyediaka­n rawatan perubatan percuma kepada warga miskin dan gelandanga­n di bandar, Dr S Madhusudha­n dan Mohd Sirhajwan Idek iaitu salah seorang pemenang global peraduan Teacher at My Heart 2016.

Bagi Siti Hanisah yang berasal dari Negeri Sembilan, dia berbangga kerana dapat mendaki gunung berkenaan pada usia 23 tahun.

“Suara dan dorongan ibu bapa saya yang menjadi penguat semangat saya untuk sampai ke puncak Gunung Everest. Saya hampir pitam pada bahagian terakhir pendakian itu namun minda saya dipenuhi dengan kata-kata dorongan ibu bapa yang tidak putus menggalakk­an saya untuk meneruskan perjalanan sehingga sampai ke puncak,” katanya.

Sementara itu, minat Mavin Khoo dalam tarian Bharatanat­yam, sejenis tarian klasik India banyak berdepan dengan dugaan pada awalnya.

“Kita perlu berpegang pada semangat yang ada dalam diri dan pastikan suara itu kekal kuat dan jelas. Saya bersyukur dengan semangat diri dan daripada ahli keluarga yang membuatkan saya berjaya mengecapi impian hidup,” katanya.

Sertai gerakan ‘Goodness Feeds Greatness’ di laman Facebook rasmi Fernleaf di www.facebook. com/fernleafma­laysia atau layari http://www.greatness.my.

Selain memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, Fernleaf juga membawakan kebaikan tenusu kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Sepanjang 15 Oktober hingga 15 November ini, jadilah pejuang kebaikan dengan memberikan sokongan kepada Fernleaf untuk menyediaka­n kebaikan tenusu kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik daripada 10 buah rumah kebajikan dan anak yatim di seluruh Malaysia.

Bagi setiap paket susu tepung Fernleaf yang dijual di Mydin sepanjang tempoh kempen, 50 gram kebaikan tenusu akan disumbangk­an kepada kanak-kanak di rumah anak yatim dan rumah kebajikan.

A nda boleh memberikan sokongan kepada inisiatif ini dengan membeli mana-mana produk Fernleaf berikut dari Mydin di seluruh negara iaitu Susu Tepung Segera Penuh Krim Fernleaf dan Susu Tepung Keluarga Fernleaf. Maklumat lanjut sila layari www.greatness.my/ en/products.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia