Harian Metro

Pameran jalanan perkenalka­n minuman

-

Bagi mendekati komuniti, Power Root mengadakan satu siri pameran jalanan bersama selebriti terkenal tanah air dan duta terbaru A licafe, A lif Satar.

Pameran jalanan itu sudah pun bermula di Sungai Petani, Kedah awal September lalu dan Kuching menjadi lokasi kedua pada 29 September hingga 1 Oktober lalu.

Menurut Pengurus Pemasaran Power Root

Sharon Teh, pameran jalanan itu dilaksanak­an untuk mempromosi dan berkongsi kecintaan ramai terhadap produk minuman jenama berkenaan.

“Kami memutuskan salah satu cara mendekati mereka adalah melalui siri pameran jalanan seperti ini dengan kerjasama A lif.

“A lif antara selebriti terkenal di Malaysia dengan reputasi baik dan profesiona­l, diminati ramai kerana sifatnya yang merendah diri serta sangat mengutamak­an nilai kekeluarga­an.

“Kami gembira kerana dapat bekerjasam­a dengan individu yang memiliki reputasi baik dan berkarisma seperti A lif untuk pameran jalanan ini bagi berkongsi keistimewa­an produk tempatan bersama masyarakat,” katanya.

Hadir sama pada sidang media yang diadakan di Pasar Raya Farley, Kuching itu, Pengurus Jualan Kawasan Sarawak Power Root Jenny Chai.

Jelasnya, walaupun majoriti pengguna jenama berkenaan mengenali rasa enak dan manfaat minuman itu, masih ada sebahagian daripada komuniti yang ingin mendapatka­n penjelasan lebih lanjut.

Oleh itu, inisiatif yang dilakukan jenama berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu mengembang dan meluaskan capaian produknya terutama jenama utama, rangkaian A licafe.

Selain itu, Power Root turut mengilang dan memasarkan jenama popular lain seperti A litea (minuman teh pracampur), Per’l (minuman kopi dan coklat pracampur dengan herba kacip fatimah), Extra Power Root (minuman tenaga yang diperkaya dengan tongkat ali) serta Oligo (minuman coklat malt yang diperkaya dengan oligofrukt­osa).

 ??  ?? DARI kiri Jenny, Alif Satar dan Sharon pada majlis berkenaan.
DARI kiri Jenny, Alif Satar dan Sharon pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia