Harian Metro

TEKNIK GUBAHAN SIRIH JUNJUNG

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Tetap relevan sebagai hantaran,

masih mendapat sambutan hingga

kini

Gubahan sirih junjung mungkin dianggap perkara lapuk dan tidak lagi menjadi barangan yang perlu ada dalam senarai hantaran golongan muda sekarang.

Mungkin pada mereka, gubahan sirih junjung yang menjadi antara adat Melayu dalam majlis perkahwina­n lebih sesuai dilakukan ‘golongan otai’ kerana ia memerlukan kepakaran dan kemahiran tersendiri.

Namun, hakikatnya sirih junjung sama seperti gubahan lain dan boleh dilakukan sesiapa saja asalkan mempunyai minat dan kreativiti.

Ia juga boleh dianggap sebagai kemahiran bonus kerana tidak semua wanita mampu menyediaka­n gubahan sirih junjung yang menarik.

Menurut Liza Muhammad yang mengendali­kan perniagaan gubahan, selain turut bergelar perancang majlis, menghasilk­an satu gubahan sirih junjung memerlukan ketelitian dan kemahuan diri sendiri tanpa sebarang paksaan.

“Tidak apa sekiranya tidak kreatif asalkan ada keinginan untuk menghasilk­an gubahan kerana semuanya boleh belajar.

“Tidak rugi jika mempunyai kemahiran menggubah sirih junjung kerana permintaan untuk gubahan ini amat menggalakk­an,” katanya.

Liza berkata, belajarlah membuat gubahan melalui guru atau pelbagai medan teknologi kini termasuk Facebook, Internet, laman web dan YouTube.

“Apa yang penting adalah minat dan keyakinan. Sekiranya anda rajin mempraktik­kan kemahiran yang ada pastinya anda boleh hasilkan gubahan sirih junjung menarik. Kemahiran menggubah perlu dipraktikk­an selalu bagi mendapatka­n hasil terbaik,” katanya.

Kata Liza, dia memilih untuk menggunaka­n daun sireh asli dalam gubahan dilakukan kerana ia lebih eksklusif dan cantik.

“Ada yang membuat gubahan sirih junjung menggunaka­n daun sirih plastik tetapi bagi saya ia seolah-olah tidak memberi makna apatah lagi sirih junjung ini adalah antara pemberian ketika majlis pernikahan, pertunanga­n atau perkahwina­n.

“Soal bunga pula, saya menggunaka­n bunga segar bagi menambahka­n lagi keindahan gubahan sirih junjung ini,” ujarnya.

Liza berkongsi langkah demi langkah menghasilk­an gubahan sireh junjung menggunaka­n daun sireh dan bunga segar untuk dijadikan panduan.

 ??  ?? 1. BAHAN yang diperlukan adalah daun sirih, gunting, pita pelekat, bunga mawar, daun, span basah, dawai pengikat dan lidi. 2. LETAKKAN span basah
ke dalam pasu atau pahar. 3. SUSUN daun sirih menggunaka­n dawai sebelum diikat secara tersusun pada span....
1. BAHAN yang diperlukan adalah daun sirih, gunting, pita pelekat, bunga mawar, daun, span basah, dawai pengikat dan lidi. 2. LETAKKAN span basah ke dalam pasu atau pahar. 3. SUSUN daun sirih menggunaka­n dawai sebelum diikat secara tersusun pada span....
 ??  ?? Tidak rugi jika mempunyai kemahiran menggubah sirih junjung kerana permintaan untuk gubahan ini amat menggalakk­an
Tidak rugi jika mempunyai kemahiran menggubah sirih junjung kerana permintaan untuk gubahan ini amat menggalakk­an
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia