Harian Metro

Jumpa selepas 33 jam hilang

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my Kuala Penyu

 2 nelayan temui mayat tidak jauh dari tempat mangsa terjun

Seorang pekerja bagang yang hilang lebih 33 jam selepas terjun untuk menyelamat­kan perahunya yang hanyut di perairan Tanjung Aru, Menumbok, ditemui lemas, pagi semalam.

Pada kejadian jam 7 pagi itu, mangsa, Awang Tahir Daud, 49, ditemui dua nelayan tempatan berhampira­n lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Nelayan berkenaan membawa mangsa ke pantai.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata, nelayan itu membawa lelaki terbabit sebelum tiba di pantai pada jam 8.40 pagi.

Bagaimanap­un, mangsa disahkan meninggal dunia pasukan perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, se- malam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang Selasa lalu, mangsa bersama dua lagi rakan berusia 17 dan 27 tahun pergi ke kawasan berhampira­n Tanjung Aru, Menumbok, untuk membina bagang.

Difahamkan, kawasan itu terletak dua kilometer dari kawasan pantai.

Tidak lama kemudian, pe- rahu mereka yang sebelum itu diikat pada bagang berkenaan terlepas, sebelum dihanyutka­n ombak.

Menyedari kejadian itu, mangsa dikatakan terus terjun ke laut untuk menyelamat­kan perahu itu sebelum dia dilaporkan hilang.

Difahamkan, mangsa sempat meminta pertolonga­n daripada rakannya, namun kedua-dua lelaki berkenaan tidak berani untuk terjun ke laut disebabkan arus deras.

Kedua-dua rakan mangsa kemudianny­a menjerit meminta pertolonga­n daripada beberapa pekerja di bagang berhampira­n.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat mengangkat mayat mangsa di Tanjung Aru, Menumbok.
AWANG Tahir
ANGGOTA penyelamat mengangkat mayat mangsa di Tanjung Aru, Menumbok. AWANG Tahir
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia