Harian Metro

Drebar lori positif dadah

-

hubungi di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ladamah berkata, pada kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kemalangan membabitka­n dua lori, Nissan dan HICOM serta sebuah kereta Toyota Vios yang dinaiki tiga beranak warga Brunei.

Beliau berkata, lori Nissan dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menghala ke Beaufort.

Katanya, lori HICOM pula dipandu seorang lelaki lingkungan 30-an dan di belakangny­a, Toyota Vios dinaiki tiga beranak pula ber- ada di laluan bertentang­an.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu lori Nissan dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu masuk ke laluan bertentang­an dan merempuh lori HICOM dan Toyota Vios.

“Akibatnya, lori HICOM itu terbabas manakala Toyota Vios terhumban ke dalam parit,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu dan penumpang Toyoya Vios, Danny Chin, 54, isteri, Chong Chin Oji, 55, dan anak mereka, Bernie Chin Sun Ron, 17.

Katanya, suami isteri itu meninggal dunia akibat lemas selepas kereta itu terhumban dalam parit.

“Bernie pula meninggal dunia jam 5 pagi tadi (semalam) ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1), Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu lori dan kelindan hanya cedera ringan.

Ladamah berkata, pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang menyaksika­n kejadian supaya tampil membantu siasatan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam. ANGGOTA bomba menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas kereta yang terbabit kemalangan di Jalan Kimanis, Kampung Lanas, Papar.
LAPORAN Harian Metro, semalam. ANGGOTA bomba menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas kereta yang terbabit kemalangan di Jalan Kimanis, Kampung Lanas, Papar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia