Harian Metro

Sempat belikan barangan dapur sebelum samun warga emas

-

Miri: Sekumpulan penjenayah sempat membelikan barangan dapur bernilai RM50 untuk seorang wanita warga emas sebelum melarikan barang kemasnya dalam kejadian di Tudan, di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa berusia 71 tahun kerugian kira-kira RM5,000 selepas gelang dan dua cincin emas miliknya dilarikan penjenayah terbabit.

Sumber berkata, kejadian didalangi dua lelaki dan dua wanita berusia 30-an dipercayai warga tempatan yang menemui mangsa selepas selesai menerima rawatan di sebuah klinik kerajaan.

Menurutnya, ketika mangsa menunggu bas untuk pulang ke rumah, mangsa didatangi salah seorang suspek wanita yang mendakwa kononnya mahu membantu menghantar mangsa ke rumahnya di Permyjaya, di sini.

Katanya, mangsa bersetuju mengikut wanita terbabit dan dibawa menaiki sebuah kereta berwarna merah yang turut dinaiki seorang wanita dan dua lelaki lain.

“Kumpulan suspek terbabit kemudianny­a membawa mangsa ke sebuah kedai runcit di Piasau, di sini, membelikan mangsa beras, gula, milo dan mi segera kononnya ikhlas membantu.

“Selepas pulang ke rumah. mangsa menyedari barang kemasnya sudah tiada. Mangsa mendakwa tidak menyedari menyerahka­n barang kemasnya kepada kumpulan terbabit,” katanya.

Katanya, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, mangsa mendakwa mengantuk ketika dalam dalam kenderaan dan kemungkina­n ketika itu suspek mengambil kesempatan mengambil barang kemasnya.

 ??  ?? BARANGAN dapur yang diberikan kepada mangsa oleh suspek.
BARANGAN dapur yang diberikan kepada mangsa oleh suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia