Harian Metro

16 majikan culas didakwa

-

Miri: Pejabat Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Miri mendakwa 16 majikan di bandar raya ini selepas didapati bersalah mengikut Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamata­n Sosial Pekerja (PPAKSP) 1971.

Semua kes terbabit membabitka­n pendakwaan sepanjang Januari sehingga Oktober lalu dengan 10 daripada kes itu selesai, manakala selebihnya masih dalam perbicaraa­n di mahkamah.

Pengurus PERKESO Miri Hendera Saiful berkata, daripada 16 pendakwaan terbabit, sembilan kes membabitka­n kesalahan gagal daftar pekerja, lima kes kesalahan gagal hadir saman jabatan dan dua kes mem- babitkan lewat serta gagal lapor kemalangan pekerja.

“Seramai 10 majikan yang didakwa mengaku bersalah di mahkamah dan dikenakan denda RM21,600 keseluruha­nnya. Jumlah denda tertinggi RM4,500.

“Majikan didakwa membabitka­n syarikat perusahaan kecil, kedai runcit, sektor pembalakan dan peladangan,” katanya dalam sidang media mengenai Laporan Kes Pendakwaan Pejabat PERKESO Miri, di sini, semalam.

Hendera berkata, sembilan majikan yang melakukan kesalahan gagal daftar pekerja memberikan pelba- gai alasan lapok antaranya tidak mengetahui mengenai caruman PERKESO.

“Warga kerja dalam apa juga industri dan bidang boleh membuat semakan caruman mereka di pejabat PERKESO ataupun menghubung­i talian khidmat pelanggan.

“Majikan perlu bertanggun­gjawab memastikan pendaftara­n pekerja dibuat dalam tempoh tidak melebihi 30 hari,” katanya.

Tahun lalu, 36 kes pendakwaan direkodkan Pejabat PERKESO Miri membabitka­n pelbagai kesalahan mengikut akta berkenaan.

 ??  ?? HENDERA (tengah) menunjukka­n buku Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
HENDERA (tengah) menunjukka­n buku Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia