Harian Metro

SENTUHAN ‘HUSSIN BOT’

 Hasil garapan lelaki OKU lebih lasak, senang dijaga

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

Bot dan perahu dibuatnya bukan calang-calang hasil, malah Hussin Ibrahim, 59, yang juga orang kurang upaya (OKU) fizikal menggunaka­n sepenuhnya tong biru berkapasit­i 160 liter sebagai badan kenderaan air itu.

Kebiasaann­ya pembuat bot dan perahu menggunaka­n kayu berkualiti untuk ‘membalut’ rangka kenderaan berkenaan, tetapi Hussin yang cacat di bahagian lutut menggunaka­n tong tangki air itu kerana diyakini lebih tahan lasak dan tidak perlukan penjagaan khusus.

Lebih istimewa, dia masih bergantung kepada kaedah tradisiona­l yang 100 peratus menggunaka­n tenaga lelakinya untuk membuat perahu dan bot, sekali gus menjadikan ia lebih bermutu serta mempunyai nilai tersendiri.

“Saya tidak dibantu peralatan moden sebaliknya, masih mengerah kudrat untuk hasilkan perahu dan bot ini menggunaka­n ketam, gergaji, pahat dan beberapa peralatan lain.

“Sebab itu tempoh untuk menyiapkan­nya mengambil masa hampir dua minggu antara 12 hingga 14 hari bergantung kepada keadaan, yang dibuat berdasarka­n tempahan orang ramai.

“Apabila ada permintaan, saya mula cari kayu cengal, kulim atau tembusu untuk rangka dan beli tong biru daripada pembekal di Kota Bharu sebagai badan perahu. Setiap seunit memerlukan lima hingga enam tong biru bersaiz 160 liter,” katanya ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Pak Keral, semalam.

Hussin berkata, idea untuk membuat bot dan perahu tong itu timbul ketika Bah Kuning pada 2014 ketika dia melihat petani memindahka­nn rumput yang sudah dipotong untuk makanan ternakanny­a mengunakan tong biru yang dibelah dua.

“Dalam keadaan banjir, kita gunakan apa saja alat yang boleh mengapung, tidak hanya perahu atau bot. Jadi ada petani dekat kampung saya ini menggunaka­n tong biru yang dibelah dua untuk pindahkan rumput yang sudah dipotongny­a.

“Dia tolak tong itu ke tempat pindahan dan dari situ, ia memberi ilham kepada saya untuk hasilkan perahu daripada tong, bukan kayu seperti kebiasaaan­nya.

“Ketika itu saya hanya buat untuk kegunaan keluarga memandangk­an kawasan kami mudah dinaiki air setiap kali tengkujuh. Tidak sangka ada penduduk kampung yang berminat dan mula menempah,” katanya.

Dia mengakui, hasil awal pembuatan botnya tidaklah begitu indah, namun diperbaiki dari semasa ke semasa dan mendapat dorongan keluarga.

Disebabkan tidak cukup modal untuk membeli mesin, Hussin juga mengehadka­n tempahan pada setiap bulan kerana bimbang tidak mampu menyelesai­kannya.

Beliau berkata, penggunaan kayu berkualiti sangat penting untuk membentuk badan perahu dan bot, selain ia bertindak sebagai pemberat yang tahan lasak.

Akuinya, kos yang diperlukan untuk seunit perahu lebih RM500 dan dia menjualnya kepada pelanggan dengan harga RM1,000, namun bergantung kepada saiz.

“Selagi ada kudrat, saya tetap menerima tempahan, dan anak-anak hanya membantu kerana mereka tidak berminat dalam bidang pembuatan bot memandangk­an sudah mempunyai kerjaya masing-masing,” kata bapa kepada lima anak itu.

 ??  ??
 ??  ?? HUSSIN menunjukka­n perahu yang sudah siap di rumahnya. HUSSIN mengukur tong plastik untuk dijadikan sebagai badan perahu. PROSES membuat perahu menggunaka­n tong plastik sebagai badan perahu tersebut.
HUSSIN menunjukka­n perahu yang sudah siap di rumahnya. HUSSIN mengukur tong plastik untuk dijadikan sebagai badan perahu. PROSES membuat perahu menggunaka­n tong plastik sebagai badan perahu tersebut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia