Harian Metro

GERGAJI AYAH

ngan Pasa ema s a ak warg ditet kul, iri dipu send anak

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

> Tergamak seorang anak memukul ibu dan bapa kandung sehingga berlumuran darah. Kejadian itu menimpa Tom Wahid, 64, dan suaminya, Mohd Tarmizi Abdul Hamid, 67, yang ditetak dan dicederaka­n anak lelaki mereka dengan menggunaka­n gergaji serta alat penimbang air. Insiden berkenaan menjadi bertambah menyayat hati apabila Mohd Tarmizi meninggal dunia beberapa jam kemudian akibat serangan jantung, lapor Zuliaty Zulkiffli

‘Saya terkejut apabila Mak Cik Tom datang ke rumah meminta tolong dalam keadaan berlumuran darah sambil memberitah­u anak lelakinya bertindak di luar kawalan.

“Ibu saya, Fatimah Saad yang berusia 63 tahun meminta saya ke rumah mereka dan ketika sampai di sana saya lihat Pak Cik Tarmizi terbaring di dapur berlumuran darah.”

Itu cerita Suhaidi Said, 28, saksi kejadian kes pasangan warga emas dipukul anak lelaki mereka di Kampung Baru Sri Muda, Sungai Korok di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Tom Wahid, 64, dan suaminya, Mohd Tarmizi Abdul Hamid, 67, cedera selepas anak lelaki mereka yang juga zuriat kelima daripada enam beradik menetak serta mencederak­an mereka menggunaka­n gergaji selain alat penimbang air.

Walaupun Mohd Tarmizi dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan menerima rawatan sejurus selepas kejadian, dia disahkan meninggal dunia jam 12.35 tengah malam.

Bagaimanap­un, hasil bedah siasat mendapati dia meninggal akibat serangan jantung.

Bercerita lanjut, Suhaidi berkata, dalam keadaan panik, dia bertanyaka­n apa yang berlaku kepada Mohd Tarmizi yang ketika itu kelihatan lemah.

“Pak cik minta tolong dan maklumkan kakinya kebas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Sri Muda, semalam.

Suhaidi kemudianny­a memaklumka­n kejadian itu kepada anggota polis di pondok polis berhampira­n.

Bagaimanap­un, anak lelaki jirannya itu tidak lari sebaliknya hanya mencangkun­g berhampira­n rumah bersama gergaji.

Menurutnya, jam 9 pagi Selasa lalu, lelaki itu (suspek) ditahan pihak berkuasa kerana disyaki terbabit dengan dadah, tetapi dibebaskan 12 jam kemudian.

Katanya, dia terkejut dengan insiden yang berlaku dan tidak menyangka ia boleh berlaku kepada jirannya yang sudah berusia.

“Saya sudah lama mengenali dia (suspek) kerana usia kami sebaya dan pernah belajar sekelas,” katanya.

Jenazah mangsa dibawa ke HSB untuk proses bedah siasat jam 10 pagi semalam, sebelum dituntut ahli keluargany­a, jam 4.30 petang.

Bagaimanap­un, usaha menemubual keluarga mangsa gagal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superinten­dan Mohd Ismail Ibrahim berkata, suspek yang ditahan pada hari kejadian direman tujuh hari untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangk­an kecederaan menggunaka­n senjata yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

“Pada masa sama, suspek didapati positif dadah hasil ujian saringan awal air kencingnya, kelmarin.

“Sebelum ini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan namun kita membuka siasatan baru mengikut Seksyen 326 akta sama berikutan laporan bedah siasat menunjukka­n mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan bukan kesan dipukul,” katanya.

Saya sudah lama mengenali dia kerana usia kami sebaya dan pernah belajar sekelas Suhaidi

 ??  ??
 ??  ?? KKEEDIIAAM­AN yyaanngg meennjjaad­dii llookkaass­ii ppaassaann­ggaann waarrggaa eemaass ddiisseerr­aanngg aannaakknn­yyaa..
KKEEDIIAAM­AN yyaanngg meennjjaad­dii llookkaass­ii ppaassaann­ggaann waarrggaa eemaass ddiisseerr­aanngg aannaakknn­yyaa..
 ??  ?? AHLI keluarga mengiringi jenazah Mohd Tarmizi di pekarangan HSB.
AHLI keluarga mengiringi jenazah Mohd Tarmizi di pekarangan HSB.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia