Harian Metro

BANYAK MAINLAH...!

 Gosip Fazura-Fattah bertunang sekadar promosi drama Wanita Terindah

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Pelakon popular Fazura mengakui gosip mengatakan dia bakal bertunang dengan pelakon Fattah Amin pada 13 November ini sekadar gimik dan publisiti yang dicipta sempena tayangan drama TV Wanita Terindah lakonan mereka.

Fazura, 34, berkata, buat masa ini dia tidak berani bercerita mengenai jodoh dan menyerahka­n perkara itu kepada ketentuan Ilahi.

“Apabila drama ini ditayangka­n, banyak pula cerita keluar termasuk fasal bertunang. Apa boleh saya katakan ini gimik pihak pengurusan saya dan Fattah. Mungkin ini cara publisiti mereka,” katanya.

Fazura turut mencipta sejarah tersendiri apabila album sulungnya berjudul Fazura yang baru dilancarka­n hari ini terjual 5,000 unit menerusi tempahan awal sejak 23 Oktober lalu.

Ia sekali gus melayakkan Fazura menerima anugerah emas daripada syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

“Alhamdulil­lah, ini rezeki dan rahmat Allah. Saya tidak jangka album sulung ini dapat sambutan luar biasa walaupun baru dilancarka­n.

“Ini satu lagi pencapaian tertinggi dalam kerjaya nyanyian saya. Walaupun sebelum ini ramai mengkritik dan menghina keputusan saya untuk jadi penyanyi, kejayaan ini membuktika­n saya bukan syok sendiri.

“Saya percaya apa saja yang diperkatak­an orang baik atau buruk, ia tetap doa. Terima kasih atas semua sokongan peminat selama ini,” katanya.

Pada majlis pelancaran itu, Fazura juga tidak dapat menahan air matanya.

“Saya menangis mengenangk­an pembabitan dalam bidang nyanyian. Memang pada mulanya keputusan menyanyi sekadar suka-suka tetapi apabila pihak Universal Music menawarkan untuk menerbitka­n album, saya terharu.

“Kepercayaa­n mereka membuatkan saya lebih bersemanga­t. Saya bekerja keras untuk album ini ditambah pula kekangan kerja dan masa yang tidak menentu. Walaupun penat, saya tetap teruskan. Alahamduli­llah, hasilnya sangat berbaloi,” katanya.

Saya percaya apa saja diperkatak­an orang baik atau buruk, ia tetap doa Fazura

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia