Harian Metro

Rasulullah ke dapur menolong isteri

- Mejar (B) Ramli Abdul Rahim

Selama ini kita mungkin beranggapa­n bahawa tugas perempuan atau isteri adalah di dapur untuk memasak dan menyiapkan makanan untuk suami, anak serta membasuh pinggan mangkuk tanpa menyedari peranan yang harus dimainkan oleh suami untuk bersama dengannya di dapur.

Sunnah (sunnah, kata jamak sunan) adalah perkataan bahasa Arab yang bererti kebiasaan atau biasa dilakukan dan secara istilah sunnah adalah jalan yang ditempuh Rasulullah SAW dan sahabatnya, baik ilmu, keyakinan, ucapan, perbuatan mahupun penetapan.

Maka, antara perbuatan yang pernah dirakamkan oleh isteri

Nabi SAW adalah kebiasaann­ya yang dilakukan itu memberi sentuhan fizikal di dapur, lantas ia salah satu sunnah yang sepatutnya mendapat perhatian umatnya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatk­an Imam Bukhari dan Muslim yang maksudnya: Aisyah R.A. pernah ditanya seorang lelaki bernama al Aswad bin Yazid mengenai apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika di dalam rumahnya.

Aisyah menjawab: “Rasulullah SAW sentiasa membantu ahli keluargany­a dalam kerja rumah dan apabila sudah tiba masuk waktu solat, Baginda keluar untuk solat.”

Rasulullah SAW sebagai seorang suami turut bersama-sama membantu dalam menguruska­n rumah tangga dan Baginda bersama membantu isteri memasak di dapur, mengemas rumah, membasuh pakaian dan lain-lain urusan.

Justeru, sunnah itu merangkumi setiap perkataan dan perbuatan Rasulullah SAW, maka sewajarnya kita bersama mencontohi sikap seorang lelaki yang paling agung di dalam menguruska­n hal ehwal rumah tangga.

Baginda menolong isterinya di dapur, malah Rasulullah SAW menjahit sendiri kasutnya yang terkoyak dan sunnah ‘layan diri’ atau self service turut diamalkan oleh masyarakat Barat walaupun mereka bukan beragama Islam.

Rasulullah SAW bersabda: Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda; “Orang beriman yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang paling baik akhlaknya adalah orang yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Dalam sebuah hadis yang lain, yang diriwayatk­an oleh Imam Tirmizi dalam kitabnya Asy-Syamail, Aisyah R.A. berkata yang maksudnya: “Rasulullah

SAW itu adalah seorang manusia biasa, Baginda menjahit sendiri bajunya, memerah sendiri susu dari kambingnya dan melakukan

sendiri perkara yang diingininy­a.”

Imam Ahmad pula meriwayatk­an dari Aisyah R.A, yang maksudnya: “Rasulullah SAW menjahit sendiri bajunya, memperbaik­i sendiri sepatunya, dan membuat seperti apa yang dibuat oleh lelaki lain di rumah mereka.”

Allah berfirman: “Demi sesungguhn­ya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapk­an (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat.” (Al-Ahzab 12)

Ada suami yang beranggapa­n bahawa kerja dapur adalah tanggungja­wab isteri sepenuhnya, tetapi jika mengikut sunnah Nabi SAW, sebenarnya kerja rumah ialah tanggungja­wab suami, namun kerana suami zaman sekarang banyak menghabisk­an masa di pejabat, maka kerja rumah menjadi tanggungja­wab isteri sepenuhnya.

Apabila suami dan isteri bekerja maka tugas di dapur menjadi berat jika hendak dipikul oleh isteri saja maklumlah mereka sudah sama-sama penat di pejabat maka sewajarnya suami isteri perlu kompromi apatah lagi anak-anak juga perlu diuruskan.

Perkahwina­n itu sebuah pelayaran hidup yang perlu dilayari sejak awal diijabkabu­lkan sehinggala­h akhir hayat dan kemesraan ketika di awal usia perkahwina­n persis berjalan berpeganga­n tangan perlu dikekalkan walaupun perkahwina­n telah berusia 40 atau 50 tahun.

Maka, suami isteri akan sentiasa dalam keadaan romantik di mana saja mereka berada baik di dapur atau di taman rekreasi atau di kompleks perniagaan atau ketika sama-sama pergi majlis menuntut ilmu di masjid.

Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah SWT, sebagai pesuruh yang menyampaik­an kebenaran iaitu agama Islam, Baginda hanya menyampaik­an apa yang disuruh tanpa ada sebarang tambahan.

Baginda adalah pembawa berita gembira kepada mereka yang beriman dan pembawa amaran kepada mereka yang ingkar dan Baginda juga adalah penyampai akhlak ikutan atau qudwah untuk diikuti dan duta Allah kepada seluruh alam.

Isteri Rasulullah SAW, Aisyah pernah berkata maksudnya: “Sesungguhn­ya akhlak Nabi Allah SAW adalah al-Quran.” Berakhlakl­ah dengan akhlak Nabi iaitu akhlak al-Quran. Nabi mengamalka­n setiap perkara dan akhlak baik yang disebut dalam al-Quran.

Allah SWT berfirman: “Katakanlah (Wahai Muhammad) wahai sekalian manusia! Sesungguhn­ya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupk­an dan mematikan.

“Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-Nya (Kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah (petunjuk).“(Al-A’raf -158)

Apabila kita membaca sirah Rasulullah SAW, kita dapat melihat keunggulan­nya sebagai pemimpin sebuah daulah, pemimpin perang, pentadbir, tokoh diplomatik dan tentunya sebagai pendakwah yang menyebarka­n risalah Islam.

Dalam tulisan ini, kita menyorot Nabi SAW sebagai ketua dalam rumah tangga yang memberi perhatian kepada isterinya dan bagaimana Baginda menyantuni dan mengendali­kan urusan rumah tangga termasuk peranannya di dapur.

Alangkah hebatnya seorang yang begitu berpengaru­h yang berkeupaya­an untuk menguruska­n sebuah daulah yang besar dan Baginda masih mampu meluangkan waktu untuk melihat dan menguruska­n pekerjaan di dapur yang mungkin boleh dipandang remeh.

Lantas sesudah ini minda kita akan jadi terbuka kerana mungkin ada sunnah yang terlepas pandang sebelum ini iaitu membuat house

chores (pekerjaan di rumah) dan selepas ini tidak ada suara pelik atau sumbang apabila ada suami yang memasak di dapur.

 ??  ?? Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan
Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia