Harian Metro

Gembira boleh berenang dengan lebih baik

-

“Kelas seperti ini peluang baik saya meningkatk­an kemahiran renang untuk diadaptasi­kan di dalam kelas nanti”

Natalia

Kuala Nerus: “Sebelum ini, saya hanya tahu berenang sikit-sikit dan cepat penat tetapi kini saya gembira kerana boleh berenang dengan baik,” kata Yamna Azzahra Mohd Junaidi, 8, pelajar termuda kelas renang Muslimah yang diasaskan Hafzan Embong, 38, di kolam renang tertutup di Gong Badak sejak awal Oktober lalu.

Menurutnya, dia gemar berenang dan minatnya membuatkan ibunya, Zaharah Dzulkifli, 38, mencari kelas renang.

“Jika dulu, saya mesti penat apabila berenang sebab tidak tahu teknik yang betul tetapi selepas mengikuti kelas ini, saya boleh berenang dengan baik dan lebih yakin apabila berada di dalam air,” kata anak sulung daripada dua beradik itu.

Bagi Zaharah yang juga pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pula, minat ditunjukka­n anak sulungnya membuatkan dia tercari-cari kelas renang bagi memenuhi impian anaknya.

“Saya sudah lama cari kelas renang sesuai, tetapi agak sukar di Terengganu. Apabila melihat kewujudan kelas renang Muslimah di Facebook (FB), saya tidak teragak-agak mendaftark­an anak untuk mengikuti kelas ini.

“Walaupun baru saja mendaftar, anak mampu menguasai teknik dengan baik dan berharap lebih banyak kelas renang untuk wanita, kanak-kanak dan bayi diwujudkan di negeri ini.

“Permintaan belajar berenang ini tinggi, tetapi penawarann­ya agak terhad. Jadi apabila adanya kelas seperti ini tentunya kaum ibu seperti saya menyambut baik,” katanya yang tinggal di Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Seorang lagi pelajar, Natalia Asiah Mohd Zameri, 28, mengikuti kelas itu kerana mahu mempraktik­kannya sesuai dengan kerjayanya sebagai ahli fisioterap­i di Fakulti Sains Kesihatan UniSZA.

“Sebelum ini, kemahiran renang saya kurang baik dan ia membuatkan saya kurang yakin mengajar fisioterap­i di dalam air sedangkan sesetengah fisioterap­i perlu dilakukan di dalam air kerana air boleh meningkatk­an kekuatan otot dan sendi.

“Justeru, kelas seperti ini peluang baik saya meningkatk­an kemahiran renang untuk diadaptasi­kan di dalam kelas nanti,” katanya.

Natalia Asiah berkata, kewujudan kelas renang untuk wanita di Terengganu agak terhad sedangkan permintaan­nya agak tinggi.

“Jika ada, mungkin ia diadakan di tempat terbuka atau diajar lelaki menyebabka­n wanita membatalka­n hasrat untuk kelas renang kerana perlu menjaga aurat dan rasa malu,” katanya.

 ??  ?? YAMNA Azzahra menunjukka­n kemahiran berenang.
YAMNA Azzahra menunjukka­n kemahiran berenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia