Harian Metro

Gegaran Subuh

Beranda rumah warga emas roboh dilanggar kereta

- Rosliza Mohamed am@hmetro.com.my

Menyangka rumahnya ditimpa dahan jatuh, pasangan warga emas di Kampung Baung, Pengkalan Chepa di sini, tidak terfikir bunyi benda jatuh itu disebabkan beranda rumahnya roboh dilanggar kereta terbabas.

Kejadian berlaku jam 5.30 pagi semalam turut menyebabka­n sebuah bangsal menjual akhbar yang berada di tepi jalan dekat rumahnya, musnah.

Siti Mariam Yaakob, 76, berkata, ketika kejadian dia bersiap-siap untuk ke masjid berhampira­n bagi menunaikan solat Subuh berjemaah manakala suaminya, Mustapa Taib, 84, masih tidur.

“Tiba-tiba saja makcik mendengar bunyi benda jatuh dan segera meninjau luar rumah dari tingkap. Alangkah terkejutny­a apabila melihat beranda di hadapan rumah roboh.

“Makcik segera mengejutka­n suami dan menghubung­i anak lelaki berusia 50-an yang tinggal di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB).

“Pada masa sama, ada percikan api di beranda dipercayai akibat kereta Honda itu merempuh kotak fius elektrik. Nasib baik tiada kejadian serius.

“Apabila kami keluar ru- mah, pemandu kereta tiada dan ada jiran beritahu dia cedera,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Siti Mariam berkata, sejak tinggal di situ 30 tahun lalu, mereka tidak pernah berhadapan musibah berkenaan dan susulan kejadian itu, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, jam 8 pagi.

Sementara itu, pemilik bangsal menjual akhbar, Shufiah Abdul Rahman, 32, berkata, kejadian hanya disedari sebaik dia ke bangsal itu untuk memulakan perniagaan pada jam 7 pagi.

“Bangsal rosak teruk dan kerugian dijangka lebih RM5,000. Ini kali kedua bangsal milik keluarga saya dirempuh.

“Kejadian pertama pada 2012 yang turut menyebabka­n kaki kanan saya patah. Semua kerana kenderaan melalui lokasi ini terbabas dan gagal kawal kenderaan,” katanya.

Shufiah berkata, dia tidak menyangka kejadian kedua berlaku dan berharap pihak berkuasa meletakkan papan tanda yang sesuai sebagai peringatan kepada pemandu bagi mengelak kejadian sama berulang. Dia turut membuat laporan polis berhubung kejadian pada jam 10.30 pagi di IPD sama.

 ??  ?? KEADAAN rumah pasangan warga emas yang dilanggar kereta terbabas, semalam.
KEADAAN rumah pasangan warga emas yang dilanggar kereta terbabas, semalam.
 ??  ?? KEADAAN bangsal menjual surat khabar milik Shufiah yang rosak.
KEADAAN bangsal menjual surat khabar milik Shufiah yang rosak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia