Harian Metro

KL KOTA BUKU 2020

- Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bh.com.my

Malaysia komited bida status prestij

UNESCO

Malaysia secara rasmi menyatakan pendirian untuk membida status Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia 2020 Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Malaysia komited dalam usaha untuk melobi status itu dengan bidaan berkenaan dihantar kepada UNESCO pada tahun hadapan.

“Ini dipersetuj­ui jawatankua­sa kerja yang dianggotai Kementeria­n Pendidikan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan Buku Negara (ITBN) dan Majlis Buku Malaysia yang sedang berusaha dalam usaha pembidaan ini.

“Ke arah ini juga, kita sedaya upaya berusaha untuk meningkatk­an budaya membaca dalam kalangan masyarakat di seluruh negara,” katanya kepada pemberita Malaysia selepas menyampaik­an ucapan pada Persidanga­n Agung UNESCO ke-39, di sini, yang berakhir semalam.

Gelaran berprestij itu dianugerah­kan kepada negara terpilih hanya untuk tempoh setahun yang akan menjalanka­n pelbagai program berbentuk promosi dan pembacaan yang berkaitan dengan kesusaster­aan, kesenian dan kebudayaan.

Menyentuh mengenai Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, beliau berkata, Malaysia sentiasa berusaha untuk selari dengan visi UNESCO berhubung dasar Pendidikan Untuk Semua di bawah Matlamat Pembanguna­n Berterusan (SDG).

“Dalam pelan PPPM 2013-2025 itu kita sudah memenuhi SDG. Menerusi SDG di bawah UNESCO ada 17 perkara dan salah satunya iaitu di bawah agenda nombor empat berkenaan pendidikan.

“Dalam PPPM, kita sudah berusaha menyediaka­n Pendidikan Untuk Semua kerana kita sebuah negara yang berbilang kaum yang mana pendidikan diberi kepada semua rakyat sama ada Melayu, Cina, India mahu pun rakan-rakan suku kaum di Sabah dan Sarawak dan lain-lain etnik.

“Malah, menerusi PPPM kita tegaskan, apa yang kita nak capai dalam kualiti pendidikan negara ialah bersandark­an kualiti guru dan graduan ijazah sarjana muda di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti awam (UA),” katanya.

Selain itu, Mahdzir berkata, pendidikan awal untuk kanak-kanak juga sentiasa diberi penekanan oleh kerajaan selain peringkat sekolah rendah dan menengah serta universiti.

“Kerajaan mengambil tanggungja­wab untuk melihat semua perkara berkaitan pendidikan awal ini supaya kita mempunyai pemetaan hala tuju pendidikan yang jelas, malah ketika ini kita juga sudah memasuki gelombang kedua PPPM iaitu dari 2017 hingga 2020,” katanya.

Selain itu Mahdzir berkata, sebanyak 26 program sudah dijalankan menerusi Program Kerjasama Malaysia-UNESCO (MUCP) yang dilancarka­n sejak 2011.

“Menerusi MUCP ini kita mempunyai kerjasama menerusi program

(MFIT) iaitu peruntukan diberi kerajaan Malaysia setiap tahun membantu inisiatif transforma­si pendidikan Negara Kurang Membangun (LDC) dan kepulauan kecil.

“Perjanjian MFIT ini ditandatan­gani pada 2013 dan akan berakhir pada 2019. Ini selaras pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ucapan pada Persidanga­n Agung UNESCO 2009,” katanya.

Tambah beliau, Malaysia juga mengadakan kerjasama serantau dengan negara ASEAN menerusi Kerangka Kerja ASEAN untuk pendidikan dari 2016 hingga 2020.

“Ini adalah satu sokongan kepada negara ASEAN untuk melihat bahawa isu yang berkaitan dengan keciciran pelajar dan bagaimana inisiatif pendidikan untuk semua itu diambil tindakan di negara masing-masing.

“Malah, kita juga melihat bagaimana kita boleh membantu kanak-kanak Rohingya yang bertahun-tahun menjadi pelarian di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, Malaysia menerusi Program Transforma­si Pengurusan Sosial (MOST) turut memainkan peranan penting dengan program yang berkait dengan pengurusan sosial di rantau Asia Pasifik.

“Peranan Malaysia diiktiraf kerana Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Rohani Abdul Karim adalah

Presiden Biro Kepada Majlis Antara Kerajaan (IGC) MOST sesi 2017-2019,” katanya.

Dalam ucapannya pada pentas persidanga­n agung itu juga, beliau mengambil kesempatan mengucapka­n tahniah kepada Audrey Azoulay yang dijangka mendapat sokongan penuh sebagai Ketua Pengarah UNESCO yang baru bagi menggantik­an Irina Bokova selepas undian pusingan kedua pilihan raya badan itu pada 10 November ini.

“Saya juga ingin menyampaik­an penghargaa­n khas kepada Bokova atas sumbangan beliau dalam memimpin badan ini terutama ketika berdepan dengan tempoh kekangan peruntukan, namun masih mampu melaksanak­an pelbagai inisiatif dan program sepanjang perkhidmat­annya.

“Malaysia dan negara anggota jawatankua­sa kerja membabitka­n pendidikan, sosial dan pembanguna­n serantau di Asia Pasifik berikrar kepada UNESCO kita akan memastikan peranan terbaik bukan saja untuk membangunk­an pendidikan dalam negara, malah negara serantau,” katanya.

 ??  ?? MAHDZIR (dua dari kiri) bertemu Azoulay di ibu pejabat UNESCO di Paris. MAHDZIR berucap pada Persidanga­n Agung UNESCO ke-39.
MAHDZIR (dua dari kiri) bertemu Azoulay di ibu pejabat UNESCO di Paris. MAHDZIR berucap pada Persidanga­n Agung UNESCO ke-39.
 ?? Mahdzir ?? Ini dipersetuj­ui jawatankua­sa kerja yang dianggotai Kementeria­n Pendidikan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan Buku Negara dan Majlis Buku Malaysia yang sedang berusaha dalam usaha pembidaan ini” MENTERI...
Mahdzir Ini dipersetuj­ui jawatankua­sa kerja yang dianggotai Kementeria­n Pendidikan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan Buku Negara dan Majlis Buku Malaysia yang sedang berusaha dalam usaha pembidaan ini” MENTERI...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia