Harian Metro

2,576 orang diami 10 pulau

-

Tumpat: Sehingga Ogos lalu, terdapat 2,576 orang mendiami 10 pulau di daerah ini yang terhasil daripada delta Sungai Kelantan sejak 100 tahun lalu.

Ketua Jajahan Tumpat Rosnazli Amin berkata, hasil bancian pihaknya merekodkan 624 rumah berpenghun­i di 10 pulau berkenaan dengan purata penduduk bekerja sebagai petani, nelayan dan pemandu bot penambang.

Katanya, penduduk paling ramai menghuni Teluk Renjuna dengan 920 orang diikuti Pulau Suri dengan 367 orang, Pulau Hj Nik Mat (320), Pulau Tokang (298), Pantai Baru (189), Pulau 100 (186), Pulau Beluru (143), Pulau Che Soh (67) dan masing-masing 43 di Pulau Timun serta Pulau Chendol.

“Rata-rata penduduk di kawasan kepulauan ini masih mengamalka­n cara hidup tradisiona­l kerana perkampung­an yang dikeliling­i sungai. Ia unik dibandingk­an dengan pulau lain di laut.

“Mereka rata-rata bekerja sebagai nelayan sungai dan petani termasuk ada yang membekalka­n kelapa kepada penduduk bandar.

“Diakui selepas 100 tahun pembukaan kampung ini, tidak banyak pembaharua­n di situ dan masih dipenuhi hutan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini.

Beliau berkata, menjadi hasrat pihaknya untuk memajukan kepulauan itu bagi tempoh jangka panjang kerana mempunyai nilai komersial sebagai produk pelanconga­n.

Namun, Rosnazli tidak mahu perancanga­n dilaksana mengganggu kehidupan peribadi penduduk yang sudah sebati dengan gaya hidup tradisiona­l dan tenang

daripada pembanguna­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia