Harian Metro

PEMAIN BOLA BERHIJAB

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

Seorang remaja perempuan tidak menjadikan hijab dan fizikalnya yang bertubuh kecil sebagai penghalang untuk aktif dalam sukan bola sepak.

Berkat kesungguha­n, Nurul Azurin Mazlan, 17, dinobatkan sebagai Olahragawa­ti Terbaik bagi Sukan Bola Sepak dalam Majlis Graduasi dan Apresiasi Atlet Murid Cemerlang Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) Kota Kinabalu, di sini, kelmarin.

Nurul Azurin yang berasal dari Shah Alam, Selangor berkata, sejak kecil, dia memang minat sukan itu dan sering mengikuti kejohanan bola sepak sehingga mewakili sekolah bagi acara berkenaan dengan posisi sebagai penjaga gol.

“Selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) saya menerima tawaran untuk bersekolah di SSMS Kota Kinabalu. Saya merebut peluang itu memandangk­an tidak mahu minat saya dalam bola sepak terkubur.

“Bermain bola sepak bukan setakat hobi. Saya berusaha bersungguh-sungguh menempa nama di peringkat kebangsaan dalam Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala Tun Sharifah,” katanya.

Nurul Azurin menerima Anugerah Trusmadi (Sijil Perak) yang disampaika­n Ketua Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Ir Datu Jamigul Datu Salin.

Bercerita lanjut, Nurul Azurin berkata, sebelum ini, dia sering diejek kerana fizikalnya yang kecil tidak melayakkan­nya menjadi penjaga gol.

Bagaimanap­un, dia menjadikan­nya sebagai motivasi untuk cemerlang dalam bola sepak hingga terpilih menjadi Ketua Pasukan Bola Sepak SSMS.

“Sekarang saya tidak kisah ejekan itu malah menganggap ia cabaran kerana bukan mudah saya mencapai kejayaan ini.

“Tambahan lagi, saya berjauhan daripada keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Nurul Azurin yang juga anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, walaupun aktif dalam aktiviti sukan, dia tetap mengutamak­an pencapaian akademik.

“Saya tidak tidur malam beberapa hari ini bagi membuat persiapan terakhir sebelum menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada minggu hadapan,” katanya.

Menurutnya, dia perlu bekerja keras dan tidak mensia-siakan peluang yang ada kerana bukan berasal dari keluarga yang senang.

Kata Nurul Azurin, bapanya Mazlan Razali, 53, di

Remaja perempuan bertubuh kecil tidak

janggal jadi penjaga gawang

Lembaga Urus Air Selangor, manakala ibunya Anita Abd Samad, 52, hanya suri rumah dan adik beradik yang lain belum bekerja.

“Sepanjang saya belajar di SSMS Kota Kinabalu, saya tidak pernah meminta keluarga mengirim wang belanja kerana saya juga mendapat elaun.

“Wang itu saya gunakan untuk perbelanja­an harian dan setiap bulan dan saya juga mengirimka­n untuk keluarga di Selangor,” katanya.

Menceritak­an pengalaman paling tidak boleh dilupakan, remaja ini berkata, dia pernah mengalami kecederaan pada mulut sehingga terpaksa berehat selama dua minggu daripada menjalani latihan bola sepak.

“Ketika itu, saya perlu mewakili negara untuk kejohanan membabitka­n tiga negara.

“Bagaimanap­un, Alhamdulil­lah, usaha berbaloi apabila kami muncul juara pada kejohanan itu,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: MOHD ADAM ARININ ?? NURUL Azurin meraikan kejayaan bersama ibu bapa pada Majlis Graduasi dan Apresiasi Atlet Murid Cemerlang Sekolah Sukan Malaysia Sabah.
FOTO: MOHD ADAM ARININ NURUL Azurin meraikan kejayaan bersama ibu bapa pada Majlis Graduasi dan Apresiasi Atlet Murid Cemerlang Sekolah Sukan Malaysia Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia